Alexander Arnold Dianggap Pemain Bertaraf Championship Sahaja

Cara Trent Alexander Arnold bertahan dianggap sangat teruk dan hanya layak untuk beraksi di pentas saingan Championship sahaja.

Bekas pemain pertahanan Chelsea, Frank Leboeuf tampil menghentam Trent Alexander Arnold dan menganggap pemain full back Liverpool itu hanya bertaraf Championship sahaja.

Arnold mula menyertai skuad utama Liverpool ketika di usia 18 tahun dan beliau pada ketika ini sudah membuat 235 penampilan bersama gergasi Merseyside itu.

Sepanjang kariernya bersama The Reds, Trent Alexander Arnold telah berjaya membantu Liverpool untuk menjuarai gelaran Premier League pertama mereka selepas 30 tahun.

Beliau juga turut memainkan peranan penting ketika membantu Liverpool menjuarai saingan Champions League, Super Cup dan FIFA Club World Cup.

Pemain berusia 23 tahun itu menerima pujian yang menggunung atas kemampuan dan kualiti hantaran yang miliki.

Beliau jelas sekali sangat berfungsi ketika membantu jentera serangan Liverpool melancarkan serangan dan hal itu sangat sukar untuk dinafikan.

Trent Alexander Arnold setakat ini sudah berjaya mencatatkan 62 assists dari semua pertandingan sejak dari awal debutnya pada tahun 2016 yang lalu.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang mempersoalkan tentang cara bagaimana beliau bertahan dan menganggap Trent sangat lemah dalam hal tersebut.

Positioning dan keupayaan beliau berdepan pemain dari bahagian sayap diragui dan ramai percaya beliau antara kelemahan utama barisan pertahanan Liverpool.

Kritikan itu boleh dikatakan dipersetujui oleh ramai pihak dengan Trent Alexander Arnold turut dipersalahkan sebagai punca mengapa Liverpool kerap bolos dan mencatatkan keputusan yang mengecewakan musim ini.

Lebouef antara yang paling lantang dalam mengkritik Trent Alexander Arnold baru-baru ini dengan beliau menyatakan bahawa:

“Lihat pada Trent Alexander Arnold. Saya suka dia, kualiti serangan dia. Tapi dari segi bertahan, dia sekadar bertaraf saingan Championship sahaja.”

Jelas Lebouef kepada media Perancis, Journal du Dimanche.

“Hanya sistem Jurgen Klopp sahaja yang berkesan untuk dia. Ketika ia tak berfungsi dengan baik seperti setakat ini, apa yang kamu nampak adalah kelemahan dia ketika bertahan.”

“Saya mahu bawa dia bersama saya dan berusaha belajar perkara asas. Saya akan kata kepada dia, ‘Tundukkan kepala kamu dan lihat belakang kamu, itu sudah boleh membuatkan kamu semakin bagus.”

Walaupun kritikan Lebouef boleh diterima pakai kerana ramai yang bersetuju tentang hal tersebut, namun untuk menganggap Trent Alexander Arnold sekadar bertaraf Championship mungkin ia agak keterlaluan.

Selain menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp, Trent Alexander Arnold juga turut menjadi antara pemain yang paling diharapkan dalam skuad England.

Beliau merupakan antara nadi penting yang sangat diharapkan akan mampu membantu England untuk mencatatkan keputusan yang positif di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN