Liverpool tewas 3-0 kepada Barcelona di separuh akhir pertama UEFA Champions League (UCL) yang berlangsung di Nou Camp pada awal pagi tadi. Ini bermakna ianya hampir mustahil untuk Liverpool mengulangi pencapaian mereka pada musim lalu yang berjaya mara ke perlawanan akhir – sebelum turut dikecewakan oleh satu lagi gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Berikut adalah beberapa perkara dari perlawanan ini, hasil pemerhatian kami.
Magis Messi main peranan
Apa yang anda saksikan di kaca televisyen pada awal pagi tadi ialah kedatangan tertinggi di Nou Camp sejak 2015 – dan penyokong kedua-dua pasukan yang hadir disajikan dengan perlawanan bola sepak elit berintensiti, berkualiti tinggi dan menghiburkan.
Perlawanan ini mungkin boleh berkesudahan dengan jumlah jaringan yang lebih banyak – mengambil kira corak permainan menyerang yang ditampilkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. Liverpool misalnya sepatutnya memperolehi gol melalui Sadio Mane pada babak pertama, dan beliau turut mempunyai peluang berbuat demikian pada babak kedua.
Lionel Messi: MotM — @FCBarcelona 3-0 Liverpool
Shots(OT) — 4(2)
Goals — 2
Key passes — 1
Successful dribbles — 9
Tackles — 1
Times fouled — 4
Rating — 10.0For more match stats — https://t.co/ydqmb0pRg4 pic.twitter.com/UHox9Pm4Mb
— WhoScored.com (@WhoScored) May 1, 2019
Umpanan cantik Jordi Alba yang bijak disudahkan oleh Luis Suarez juga bukan satu-satunya peluang yang dimiliki oleh Liverpool. Penyokong The Kopites mungkin kecewa. Tetapi bagi yang neutral, Barcelona dan Liverpool telah berjaya menyajikan bola sepak terbaik di tahap tertinggi.
Akhirnya ia sentiasa mengenai seorang pemain, iaitu Lionel Messi yang sentiasa membezakan Barcelona dengan pasukan-pasukan utama lain di Eropah. 600 gol untuk Barcelona? Itu satu rekod yang menakjubkan!
Wijnaldum sebagai No.9 jadian
Tatkala senarai nama pemain dikeluarkan kira-kira sejam sebelum sepak mula perlawanan, ramai tertanya-tanya, apakah formasi yang akan digunapakai oleh Jurgen Klopp untuk menghadapi Barcelona. Nou Camp bukanlah stadium yang boleh dianggap mesra untuk kelab Inggeris.
Georginio Wijnaldum starts in what appears to be a centre-forward/false nine role.
Jürgen Kloop’s biggest surprise of the night. #BARLIV pic.twitter.com/XAyhtdS72g
— Squawka News (@SquawkaNews) May 1, 2019
Liverpool adalah kelab Inggeris terakhir yang berjaya menewaskan Barcelona di arena yang menjadi mercu tanda bola sepak Sepanyol ini pada 2007. Namun ianya sangat naif untuk berasa yakin berdasarkan keputusan lebih 10 tahun lalu dengan skuad yang berbeza.
Klopp dikenali sebagai antara pakar taktikal terbaik di eropah. Namun yang mengejutkan ramai pemerhati ialah peranan Georginio Wijnaldum sebagai penyerang No.9 jadian di dalam perlawanan ini. Idea Klopp ialah untuk menggunakan Wijnaldum untuk menarik perhatian pertahanan tengah Barcelona – sekaligus membuka ruang untuk Mane dan Mohamed Salah mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan.
Gini Wijnaldum’s flexibility is remarkable. He started off as a centre-back at 7. At Under-11, he was playing as a right-back before being shifted into midfield. Then operated as a winger, before becoming a No. 10. Has been a No.8 and the holder for #LFC – and a false 9 today!
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) May 1, 2019
Tatkala Roberto Firmino kurang cergas untuk beraksi 90 minit dalam perlawanan ini, Klopp sebenarnya mempunyai pilihan lain yang lebih direct di bangku simpanan seperti Divock Origi dan juga Xherdan Shaqiri.
Wijnaldum mungkin adalah seorang pemain serba boleh yang mampu beraksi di pelbagai posisi. Namun untuk perlawanan ini, Wilnaldum gagal menghadirkan impak sehingga Firmino dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 15 minit.
Andy Robertson bek kiri terbaik dunia?
Okay. Sub-topik ini mungkin ‘overhyped’ , namun sukar untuk memikirkan bek kiri lain dengan kualiti yang ditampilkan oleh Andy Robertson pada hari ini. Dalam perlawanan menentang Barcelona, Roberston tidak bebas melakukan ancaman sepertimana biasa beliau lakukan dalam perlawanan lain. Namun secara keseluruhan, kapten Scotland ini masih menampilkan aksi yang baik.
BIG tackle from Andy Robertson to deny Lionel Messi!
— Sky Sports Football (@SkyFootball) May 1, 2019
Dalam perlawanan menentang Barcelona, hadangan Robertson untuk menghalang Messi antara ‘highlight’ utama. Pemain ini mungkin hanya bernilai £8.5 juta ketika Liverpool membawa masuk beliau ke Anfield. Pada hari ini, Robertson adalah antara pemain paling bernilai di dalam skuad Liverpool. Tidak keterlaluan juga jika kita mengatakan perlawanan ini menampilkan dua bek kiri terbaik dunia pada hari ini – iaitu Jordi Alba dan juga Robertson.
Coutinho terus merana
Dua tahun yang lalu, Liverpool pernah menolak bidaan Barcelona untuk mendapatkan perancang tengah dari Brazil, Coutinho. Namun Liverpool terpaksa akur melepaskan pemain ini pada Januari tahun lalu dengan nilai perpindahan mencecah £121 juta. Hari ini sebaliknya berlaku, apabila masa depan serba tidak menentu menyelubungi masa depan Coutinho di Nou Camp.
Coutinho subbed off. Against his old club. Embarrassing.
Like having your card declined while paying for something and seeing your ex behind you in the queue.
— Paddy Power (@paddypower) May 1, 2019
Diturunkan di dalam kesebelasan utama Barcelona, perlawanan menentang Liverpool sepatutnya menjadi pentas untuk Coutinho membuktikan pilihan beliau untuk meninggalkan Anfield bukan satu kesilapan. Sebaliknya, pemain ini dikeluarkan oleh Ernesto Valverde hanya selepas 15 minit babak kedua bersambung. Reaksi penyokong Barcelona ketika beliau dikeluarkan juga bukti jelas mereka turut hilang sabar dengan pemain ini.
Liverpool pulang tangan kosong
Beberapa minggu yang lalu, satu lagi kelab Inggeris, Manchester United turut mengalami kekalahan dengan jumlah jaringan yang sama di Nou Camp. Berbeza dengan seteru domestik mereka itu, Liverpool sepatutnya mampu membawa pulang kelebihan gol di tempat lawan sebagai bekalan ke Anfield – walaupun tewas perlawanan ini.
Antaranya ialah percubaan leret Mohamed Salah yang sipi, dan percubaan deras James Milner yang menuju tepat ke dakapan penjaga gol, Marc-Andre ter Stagen.
How the hell have Liverpool lost that 3-0; Liverpool were by far the better team overall; just shows how far Liverpool have come to get stats like that in the Camp Nou pic.twitter.com/Yudfgwxow5
— Neil (@1neilc1) May 1, 2019
Ada ketikanya, Liverpool adalah pasukan yang mendominasi Barcelona dalam perlawanan ini. Malangnya tiada gerakan dan percubaan yang mampu diterjemahkan kepada jaringan.
Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan pada awal pagi tadi boleh dianggap kompetitif. Namun akhirnya, jaringan menentukan pemenang. Tidak seperti United, Liverpool masih mempunyai tempoh 90 minit untuk melakukan sesuatu di Anfield. Namun mereka pulang dengan tangan kosong.
Rumusan
Tamat perlawanan, Barcelona 3, Liverpool 0. Barcelona boleh dikatakan sebelah kaki ke final UCL tahun ini. Namun mereka pastinya tidak mahu peristiwa musim lalu ketika ‘diterbalikkan’ Roma berlaku lagi.
Mampukah Liverpool menjelmakan kebangkitan di Anfield selepas ini seperti yang pernah dilakukan Roma pada musim lalu?
Atau adakah keajaiban seperti ‘malam di Istanbul’ akan berulang di Anfield pada minggu hadapan? Sukar untuk membayangkan perkara itu.