Melaka United Sudah Ada Pengganti Liridon Krasniqi

Skuad Melaka United memanfaatkan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka hari ini apabila membawa masuk pemain kelahiran Serbia, Luka Milunovic bagi menggantikan tempat Liridon Krasniqi atau Mat Don yang mengalami kecederaan.

Milunovic beraksi dengan pasukan Sabah dalam Liga Premier musim ini tetapi hanya sebagai pemain pinjaman dari pasukan  Melaka United. Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) Datuk Peter Anthony turut mengesahkan mereka telah melepaskan pemain itu berkuatkuasa pada 30 April lepas.

“Buat masa ini kita akan cari sekurang-kurangnya satu pemain import baru bagi mengisi tempat Luka (Milunovic) yang akan kembali ke pasukan asalnya, Melaka United.

“Saya berharap kita akan dapat pemain import yang lebih baik dalam masa terdekat untuk memantapkan lagi pasukan menghadapi pusingan kedua,” katanya dalam portal Sabahnewstoday

Aksi Liridon Kasniqi ketika menentang PJ City FC. FOTO: MUSA

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata ketiadaan berita terkini dan status kecederaan Mat Don mendorong pihaknya menyenaraikan semula Milunovic dalam skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.

“Persatuan Bolasepak Sabah sudah memberi lampu hijau bagi membolehkan MUSA kembali menyenaraikan pemain tengah itu (Milunovic) bersama pasukan.

“Malah pemain terbabit dijangka memulakan sesi latihan esok (semalam) di bawah kendalian jurulatih, Zainal Abidin Hassan dan pembantunya, Nidzam Adzha Yusof dan Asri Ninggal,” katanya dalam Harian Metro.

Milunovic meledak dua gol bersama Melaka menewaskan Negeri Sembilan (NS) 2-0 dan Selangor United 2-1 di Stadium Hang Jebat ketika aksi pra musim.

Penyerang yang berusia 26 tahun itu juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Serbia, Belgium dan Greece termasuk bersama pasukan OFK Beograd, Zulte Waregem, Aris, Platanias dan Red Star.

Tanpa Liridon, Melaka United telah melalui 4 perlawanan tanpa sebarang kemenangan termasuk Piala FA dan menjejaskan perancangan pengendali, Zainal Abidin Hassan dengan perlu mencari pengganti yang sesuai.

Ini bukanlah kali pertama Liridon menghilangkan diri ke luar negara dan menyatakan yang dirinya sedang dalam proses menjalani pemulihan daripada kecederaan.

Ketika bersama Kedah, Liridon pernah menghilang dan kemudian kembali selepas 7 perlawanan. Dan Kedah melalui fasa sukar sepanjang ketiadaannya apabila gagal merekodkan sebarang kemenangan sepanjang hampir dua bulan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN