Maghribi Dakwa Pengadil Minta Jersi Ronaldo, FIFA Beri Peringatan Tegas

Kem pasukan Maghribi mendakwa, pengadil perlawanan Mark Geiger meminta jersi bintang Portugal Cristiano Ronaldo di terowong pada rehat separuh masa.

Maghribi menyatakan mereka kecewa kerana pengadil bersikap berat sebelah dalam pengadilan perlawanan.

Pemain tenganh Watford, Nordin Amrabat lantang mengkritik pengadil tidak profesional dan terang-terangan meminta jersi Cristiano Ronaldo. Maghribi tewas 1-0 di tangan Portugal. Amrabat berkata kepada saluran NOS Belanda:

“Saya tak tahu pengadil ini jenis macam mana, namun dia sangat meminati Cristiano Ronaldo. Dan saya dengar daripada mulut Pepe yang pengadil mahukan jersi Ronaldo pada rehat separuh masa.”

“Apa semua ini? Kita sekarang bercakap pasa Piala Dunia bukannya sarkas.”

FIFA menjalankan siasatan di atas tuduhan tersebut dan mereka menyatakan tuduhan daripada pasukan Mesir itu sebagai tidak berasas. FIFA dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“Dengan dukacitanya, selepas perlawanan kumpulan B antara Portugal dan Maghribi, FIFA menerima laporan bahawa di media menulis tentang Mark Geiger.”

“Beliau dituduh meminta jersi kapten Portugal, Cristiano Ronaldi pada rehat separuh masa. Encik Geiger menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas tersebut. Tiada permintaan (jersi) dilakukan seperti didakwa.”

“FIFA dengan tegas mengutuk tuduhan yang dilakukan oleh pihak dari pasukan Maghribi.”

“Pengadil FIFA berada di bawah garis panduan jelas dalam tingkah laku dan hubungan mereka dengan setiap pasukan di Piala Dunia 2018.”

“Dan kami mengesahkan yang Encik Geiger melakukan tugas beliau dengan profesional dan terpuji sebagai pegawai perlawanan yang dilantik.”

“FIFA juga mahu mengingatkan kesemua pasukan untuk menjalankan tanggungjawab mereka berteraskan prinsip fair play.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN