Modric: “Messi Pemain Hebat, Namun Tidak Boleh Melakukannya Seorang Diri”

Bintang tengah Real Madrid, Luka Modric telah menjadi arkitek kemenangan bergaya Croatia ke atas Argentina. Beliau menjaringkan gol cantik dalam perlawanan yang berkesudahan 3-0 memihak Croatia.

Sebaik tamat perlawanan, Luka Modric ditemuramah oleh media dari Argentina dan beliau menyatakan kekaguman beliau kepada Lionel Messi.

Namun Modric simpati kerana Messi jelas tidak mendapat sokongan dan juga servis yang diperlukan di dalam padang. Modric berkata:

“Lionel Messi adalah pemain luar biasa. Namun beliau tidak boleh melakukan semua perkara seorang diri.”

“Dalam bola sepak, anda perlukan bantuan daripada rakan-rakan sepasukan, walaupun anda pemain terhebat sekalipun.”

Lionel Messi jelas tidak mendapat banyak bola hari ini. Beliau antara pemain yang paling sedikit menyentuh bola serta hanya melakukan 1 percubaan ke arah gol.

Modric ada jawapan untuk persoalan itu, kerana pasukan Croatia memang sudah ada pelan taktikal untuk mengurangkan Messi daripada menerima bola.

“Leo bermain baik pada pandangan saya. Namun kami berjaya bermain dengan cara kami untuk menentang mereka hari ini.”

“Kami menutup ruang dan mengekang Mascherano serta pemain-pemain Argentina yang lain supaya tidak dapat memberikan bola kepada beliau (Messi).”

“Ianya sangat penting untuk kami melakukan perkara yang betul sejak daripada awal perlawanan. Apabila kami sudah mendapatkan rentak, kami akan mengambil alih penguasaan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN