AFCON 2019: Madagascar Kejutkan Nigeria, Uganda Saingi Mesir

Pasukan kurang ternama, Uganda melepasi cabaran peringkat kumpulan AFCON 2019. Kempen dalam Kumpulan A dan B sudah ditamatkan aksinya semalam.

Uganda cabar Mesir

Uganda mengutip 4 mata untuk dua perlawanan pertama Kumpulan A. Mereka menewaskan Republik Demokratik Congo dan seri ketika menentang Zimbabwe.

Perlawanan terakhir menyaksikan Mesir berjaya menyekat cabaran Uganda. Ahmed el Mohamady dan Mohamed Salah menjaringkan masing-masing satu gol bagi menewaskan Uganda semalam.

Keputusan berkesudahan 2 gol tanpa balas yang memihak kepada tuan rumah. Mesir menjuarai Kumpulan A dengan meraih 9 mata hasil daripada kemenangan 3 perlawanan.

Uganda pula menduduki tangga kedua di belakang Mesir.

DR Congo menunggu

Pemain DR Congo meraikan kejayaan. Sumber: CAFOnline

Skuad DR Congo menjaringkan 4 gol bagi menewaskan Zimbabwe semalam. Jonathan Bolingi dan Britt Assombalonga menyumbangkan satu gol.

Penyerang Beijing Guoan, Cedric Bakumbu menjaringkan dua gol bagi memastikan hari cemerlang buat DR Congo. DR Congo kini menunggu keputusan melibatkan 4 kumpulan lain untuk layak atau sebaliknya.

Nigeria dikejutkan sang kerdil

Skuad Madagascar bergembira kerana berjaya kejutkan Nigeria. Sumber: CAFOnline.

Skuad tersohor benua Afrika, Nigeria dikejutkan oleh pendatang baru, Madagascar dalam aksi Kumpulan B. Madagascar menewaskan Nigeria melalui skor 2-0.

Gol Madagascar disumbangkan oleh Carolus Andrea dan Lalaina Nomenjanahary. Disebabkan kekalahan mengejut Nigeria itu, mereka tergelincir ke tangga kedua carta Kumpulan B.

Madagascar menjuarai Kumpulan B dengan memiliki 7 mata setelah menang 2 perlawanan dan seri 1 perlawanan.

Guinea layak?

Aksi Guinea menentang Burundi semalam. Sumber: CAFOnline

Dua gol Mohamed Yattara telah membantu Guinea menewaskan Burundi dalam satu lagi aksi penutup Kumpulan B. Guinea mempunyai statistik terbaik untuk pasukan tempat ketiga.

Aksi AFCON kali ini menjanjikan 4 pasukan terbaik tempat ketiga peringkat kumpulan akan diberikan tiket ke pusingan 16 terbaik. Hari ini, Kumpulan C & D akan menutup tirai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN