Rob Mackenzie, Peter Brand (Moneyball) Leicester Yang Bantu ‘Scouting’ Dengan Teori Analitikal

Peningkatan luar biasa Leicester City sehingga menjuarai EPL musim lalu adalah banyak dibantu oleh bahagian pemantau bakat (scouting) mereka.

Pemantau bakat mereka berjaya mendapatkan beberapa pemain istimewa dari kelab kecil dengan harga murah seperti  Riyad Mahrez, Jamie Vardy, N’Golo Kante dan juga pemain yang cemerlang membantu Brighton layak ke EPL musim ini, Anthony Knockaert.

Person, Walsh melantik statistician istimewa 

Anda mungkin kenal dengan nama seperti Steve Walsh sebagai pemantau bakat yang hebat. Namu tahukah anda, di sebalik kejayaan Walsh ada satu ‘brain’ yang membantu beliau bernama Rob MacKenzie.

Anda pernah menonton Moneyball? Anda pastinya kenal dengan watak Peter Brand lakonan Jonah Hill. Seorang statistician yang menggunakan data analitikal dalam membantu merekrut dan menjual pemain.

Peter Brand menjadi tulang ‘otak’ kepada Billy Beane. Beane pula mirip kepada perwatakan Nigel Person dan Steve Walsh yang menghormati dan menghargai bakat Rob MacKenzie.

Segalanya bermula apabila Nigel Person yang melantik Steve Walsh sebagai ketua pemantau bakat pasukan.

Person telah melantik Rob Mackenzie sebagai penganalisis yang akan membantu Walsh bahagian scouting. Sebelum itu MacKenzie adalah penganalisis prestasi pasukan utama yang mulai bertugas pada 2009.

Keupayaan MacKenzie mengemukakan hujah statistikal dan huraian data yang komprehensif membuatkan Leicester yakin beliau orang yang lebih berhak berada di bahagian pemantau bakat.

MacKenzie sebelum itu bekerja dengan Tottenham Hotspur tetapi kemudian mengikuti Nigel Person di Derby County.

MacKenzie berkata:

“Memantau dan mengambil bakat, kaitannya dari segi analisis adalah banyak. Saya telah melihat banyak evolusi dalam 5,6,7 tahun sebelum itu.”

“Dahulu banyak cabaran untuk anda mendapat data. Sekarang ia lebih mudah dengan adanya pengkalan data seperti Wyscout dan Opta yang meliputi seluruh liga.”

“Saya cukup bertuah menyertai kelab ini. Saya diperkenal oleh Nigel kepada Steve. Mereka memberikan saya kebebasan untuk membawa sesuatu dari spektrum analitik dan profail ke dalam bidang pemantauan bakat.”

“Paling penting, anda harus mengelak daripada menonton youtube dalam memantau bakat. Kami gunakan Wyscout.”

“Youtube hanya menunjukkan aksi menarik para pemain dan ia sangat berat sebelah. Kita mahu tahu kelebihan dan kelemahan pemain.”

Metodologi baru dalam pemantauan bakat

“Kami ke sana ke mari untuk mencari data pemain di seluruh Eropah dan England untuk diprofailkan.”

“Antara butiran yang kami masukkan adalah minit perlawanan, penampilan yang dibuat, di mana mereka berada dalam karier mereka sehinggalah kami dapat membuat rumusan tentang siapakah mereka sebagai seorang pemain.”

“Ketika kami memantau Knockaert di Guingamp, dia adalah salah seorang pemain pertama yang saya rasa input yang saya berikan kepada Steve dan David Mills membuatkan mereka lebih faham jenis pemain ini.”

“Kami mendapat beberapa hujah berdasarkan statistik tentang Anthony, ketika dengan bola ataupun tanpa bola. Kemudian kami akan bandingkan beliau pemain-pemain Leicester pada ketika itu.”

“Kami perlu selangkah di hadapan kelab lain dalam memantau bakat kerana kami tidak ada duit yang banyak untuk membeli pemain bintang.”

MacKenzie menyatakan, kebebasan yang diberikan kepada beliau membuatkan beliau semakin seronok dan yakin untuk membentangkan data dan statistik kepada Nigel Person dan Steve Walsh.

Pengurus dan ketua pemantau bakat menghargai hasil kerja beliau dan tidak ego untuk menerima pandangan. MacKenzie diberikan akses penuh kepada apa sahaja untuk tujuan kerja beliau.

“Kredit kepada Steve dan Nigel. Mereka sangat terbuka dan menggalakkan kerja saya.  Dan pada masa yang sama, laporan ini juga akan membantu mereka dalam membuat keputusan.”

Mitos unit pemantau bakat Leicester di Perancis

“Sebenarnya, kami tidak ada pasukan pemantau di Perancis. ”

“Ketika mereka memuji kejayaan kami mewujudkan pasukan pemantau bakat di Perancis yang berjaya mendapatkan Knoackaert dan Mahrez.

“Saya jawab, tidak ada! Mereka terkejut dan tidak percaya.”

Leicester tidak ada duit yang terlalu banyak untuk mewujudkan cawangan pemantau bakat di negara lain. Bagaimana ia dilakukan? MacKenzie menjelaskan:

“Kami menggunakan teknik profailing dengan Wyscout. Selepas beberapa analisis data perlawanan, barulah kami menghantar pasukan pemantau kami bertolak ke Guingamp di divisyen 2 Perancis.”

“Steve mempunyai rangkaian kenalan yang ramai dan boleh dipercayai. Mereka ini yang membantu Steve mengenal pasti pemain untuk dipantau.”

“Seterusnya, ada beberapa ejen juga membantu dengan mencadangkan beberapa pemain mereka. Namun kami perlu melakukan saringan. Kami mahukan data yang lebih tepat dan bersih.”

Anthony Knockaert, simbol kejayaan awal era Steve Walsh

“Anthony bermain di divisyen kedua Perancis dan pernah bermain dalam Kejohanan Toulon. Ketika berusia 20 tahun beliau sudah bermain 38 perlawanan dan menjaringkan 13 gol. Itu musim terhebat beliau.”

“Ketika itu dia ada masalah gugup. Mana tidaknya, pada usia 20 tahun dia sudah diberikan tanggungjawab menjadi penyerang utama. Dalam kegugupannya, beliau masih menjaringkan gol yang banyak untuk usia itu.”

“Anthony adalah pemain pertama hasil daripada perubahan modul dan metodologi kami dalam memantau bakat secara lebih analitikal.”

“Riyad ditemui Steve ketika pergi menonton Le Havre. Dia memantau pemain lain. Malangnya pemain yang dia pantau menghampakan.”

“Menariknya dia berkata, dia tertarik dengan pemain lain iaitu Riyad Mahrez.”

Perlu berbelanja bijak

“Steve Walsh mahu memantau Mahrez untuk dibawa ke dalam pasukan. Tetapi ketika itu kami ada Anthony dan Lloyd Dyer. Kami sedang berada di landasan terbaik dalam liga.”

“Kami boleh membawa pemain baru tetapi salah seorang ataupun kedua-dua pemain tersebut harus dikeluarkan.”

“Hali ini kerana Financial Far Play, kami tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan untuk membiayai gaji pemain.”

“Kami kemudiannya meneliti kembali kontrak beberapa pemain yang akan tamat musim panas. Kami mungkin akan melepaskan dan menjual mereka untuk memastikan kami boleh membawa masuk pemain baru pada bulan Januari.”

“Kami akan cuba membawa mereka dengan kos yang paling rendah. Selepas beberapa penelitian, kami memutuskan untuk menghantar pemantau bakat memantau Riyad Mahrez.”

“Hasil pemantauan kami sangat mengujakan. Riyad Mahrez pemain yang boleh menjaringkan gol, berteknikal dan sangat bagus dengan bola.”

“Minggu demi minggu Mahrez pada skala matriks positif. Itulah data yang membuatkan kami yakin untuk meminta dana mendapatkan pemain ini daripada presiden kelab.”

Risiko

Sudah pastinya segala teori dan hujah statistik itu tidak 100% tepat. Ada sesetengah pemain dibeli dengan harga tinggi daripada nilai sepatutnya.

Namun MacKenzie yakin, tanpa ada data analitik dan profailing yang sistematik, risiko itu akan lebih tinggi.

“Sains seperti ini bukannya tepat 100%, tetapi ia akan membantu anda mengurangkan risiko kegagalan.”

“Beberapa tahun yang lalu saya membentangkan satu data yang cantik. Tetapi pemain itu gagal untuk memberikan apa yang kami harapkan.”

“Banyak faktor yang akan mepengaruhi termasuk masalah peribadi, ketidakmampuan untuk beradaptasi dengan sistem dan suasana baru, atau mungkin tidak selesa dengan pengurus.”

Pada hari ini, MacKenzie berbangga apabila pemain seperti Kante dilepaskan dengan harga puluhan juta. Riyad Mahrez ditag dengan harga £50 juta. Jamie Vardy musim lalu dibida oleh kelab seperti Arsenal dengan harga yang tinggi.”

“Dalam dunia pemantauan bakat ini, anda harus terbuka untuk belajar terutama sekali belajar dari kegagalan.”

“Anggap sahaja pemain-pemain yang disingkirkan kelab secara percuma kerana gagal memikat pengurusan untuk kontrak baru sebagai satu kegagalan anda juga.”

“Tahukah anda kami pernah 2 kali cuba menandatangani Arkadiusz Milik ketika dia berusia 18 tahun.”

“Malangnya pemantau bakat Bayern Leverkusen juga memantau beliau dan sudah pastinya beliau pergi ke kelab yang lebih besar. Steve dan Nigel terbang ke Jerman untuk meminjam beliau dengan opsyen untuk membeli.”

“Namun dia memilih untuk menyertai Ajax.’

Itulah sebabnya mereka perlu kerja selangkah lebih awal daripada kelab lain. Jika keadaan itu berlaku, mereka sentiasa pilihan terakhir.

“Sekarang dia telah menyertai Napoli dengan nilai £28 juta. Dia pemain mudah yang cepat menyesuaikan diri. Saya tahu dia akan menjadi pemain yang hebat.”

MacKenzie turut mengakui mereka melakukan kesilapan dalam menilai Miroslav Klose. Pemain itu rupa-rupanya masih mempunyai kualiti pada fasa akhir kerier beliau.

Apa yang kita pelajari adalah, mereka mengubah cara mereka bekerja. Menghormati dan menghargai bakat individu lain.

Walsh adalah pemantau bakat yang klasik, tetapi dengan bantuan MacKenzie yang cakna dengan segala sistem data moden, mereka menghasilkan gandingan yang luar biasa.

Sumber

Leicester Mercury – http://www.leicestermercury.co.uk/sport/football/football-news/how-leicester-city-unearthed-mahrez-341044

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN