M.P Jelutong Bangkitkan Keabsahan Gol Safawi Di Dewan Rakyat, Tanya Mana VAR Dan GLT?

Perbincangan gol kedua Safawi Rasid ketika final Piala Malaysia 2019 telah memasuki tahap baharu iaitu ke Dewan Rakyat.

RSN Rayer mempersoalkan sama ada gol itu benar-benar masuk? Kerana beliau menilai dengan mata kasarnya berpendapat bola itu tak masuk ataupun melepasi garisan gol sepenuhnya.

Rayer bertanya sama ada Liga Malaysia selepas ini akan menggunakan VAR ataupun GLT?

Dipetik dari Astro Awani, beliau berhujah di Dewan Rakyat: “Saya sebagai penyokong bola sepak Kedah.”

“Walaupun saya Ahli Parlimen Pulau Pinang, tetapi saya lahir di Kedah, jadi saya menyokong Kedah dan saya tertanya-tanya; Gol jaringan kedua dalam pertandingan baru-baru ini, yang melibatkan pemain Safawi Rasid, gol itu sebenarnya kelihatan tidak masuk.”

“Cuma ada seorang pengadil di bahagian belakang yang menjaga, kerana kita (Malaysia) belum lagi memiliki GLT dan VAR yang telah diperkenalkan dalam Liga Perdana Inggeris.”

“Jadi, persoalan saya adalah, bilakah perkara-perkara ini akan diperkenalkan dalam pertandingan bola sepak tanah air kita?” soal Rayer.”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong menjawab persoalan Rayer itu dengan menegaskan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad dan mereka sudah mengesahkan gol itu.

“Saya rasa gol oleh Safawi tersebut telah dimuktamadkan oleh pengadil, jadi tidak ada pertikaian dalam Dewan yang mulia ini.”

Sim menjelaskan bahawa VAR dan GLT memerlukan kos dana yang sangat tinggi dan memerlukan laporan teliti daripada FAM dan FIFA.

Sim menambah lagi: “Pada 2018, FAM pernah mencadangkan VAR ,selepas Piala Dunia, tetapi terpaksa menangguhkan cadangan tersebut kerana ujian kesesuaian berkaitan VAR ini memerlukan belanja yang amat besar.”

“Sedangkan FAM tidak mempunyai dana atau (wujud) keperluan setakat ini untuk menggunakan VAR,” katanya lagi.

Steven Sim mencadangkan agar Liga Bola Sepak Malaysia mencari kaedah yang lebih murah dan praktikal untuk membantu pengadilan melibatkan perkara seperti itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN