Quantcast

LIGA MALAYSIA

Pandangan Pembaca: Terima Sahaja Dengan Terbuka

Seorang penyokong Kedah telah menghantar pandangan beliau kepada kami. Beliau memberikan komen tentang rungutan oleh Ifwat Akmal tentang gol Safawi Rasid.

Menurut Ifwat, MFL harus menggunakan VAR (dipercayai Ifwat maksudkan GLT) supaya gol meragukan seperti Safawi Rasid itu tidak wujud terutama sekali di malam final.

Ikuti pandangan pembaca kami:

Terimalah dengan terbuka 

Saya penyokong Kedah dan saya masih kecewa dengan kekalahan pasukan Kedah di tangan JDT dalam aksi final yang lalu.

Namun saya berlapang dada dan menganggap tiada rezeki dan pasukan yang jelas lebih baik menang dan mereka berhak untuk menang.

Terbaca komen Ifwat yang disiarkan semuanyaBOLA tentang gol Safawi Rasid.

(Nota Editor: Sumber artikel tersebut adalah Arena Metro)

Perkara ini beginilah. Apabila kita berada di satu liga yang sama, bermakna kita bermain di dalam sistem yang sama.

Semangat pemilikan Liga Malaysia itu harus ada dalam setiap pasukan termasuk pemain. Ini termasuk penyokong.

Jika gol Safawi Rasid itu dikatakan meragukan dan membuatkan pemain hilang fokus.

Perkara yang sama berlaku kepada Pahang pada separuh akhir kedua. Di mana sepakan percuma Baddrol Bakhtiar juga dikeluarkan di atas garisan gol.

Namun gol diberikan oleh pengadil. Itu yang membuatkan ramai tak berpuas hati.

Ifwat menyatakan, VAR harus diperkenalkan. Dan jika ada teknologi yang sedemikian diaplikasi dalam Liga M, secara tak langsung, Kedah mungkin tak akan jejak kaki ke final.

Kecacatan sistem itu jugalah yang membuatkan kita ke final. Perkara seperti ini kadangkala memihak kepada kita dan kadangkala tidak memihak kepada kita.

Kita bermain dalam peraturan yang sama dengan suasana liga yang sama. Pemain profesional harus bersedia dengan apa sahaja tekanan.

Beberapa hari lalu, Liverpool dinafikan gol mereka kerana Firmino dikatakan offside. Ianya ada VAR, namun tetap keputusan pengadil itu meragukan.

Namun, saya tak melihat seorang pun pemain Liverpool sugul dan hilang fokus apabila gol mereka tak disahkan dengan alasan pelik.

Mereka berjuang, malah lebih kuat secara mentaliti. Kesannya mereka menang 2-1 pada wisel penamat.

Saya nak ucapkan tahniah kepada JDT di atas kemenangan anda. Diharap kita saling sama hormat menghormati sebagai ahli dalam liga Malaysia. Kita tunjukkan kita ada semangat kesukanan yang tinggi.

Jika penyokong mengeluarkan kata-kata seperti Ifwat, saya tidak ambil pusing sangat. Namun apabila Ifwat dan mana-mana public figure yang bercakap, ia akan menjadi perhatian umum.

Dan yang tak adil adalah kepada penyokong yang turut terpalit dituduh tak dapat menerima kekalahan.

Bak kata orang, kita menang sebagai lelaki dan kalah sebagai lelaki. Lebih baik kita memberikan penghargaan kepada yang menang di atas kejayaan mereka.

Musim bola sepak ni panjang, malah ada pasukan yang berusia 100 tahun ke atas dalam liga profesional. Harap Kedah FA kuatkan lagi pasukan kita musim hadapan.

Dan tak lupa, dengan kesempatan ini saya nak ucapkan syabas juga kepada Kedah yang berjaya menamatkan musim ini dengan 1 piala dan 1 naib juara. Tiada apa yang terlalu dikesalkan. 2 kali jejak Bukit Jalil dalam semusim, bukan perkara yang boleh dilakukan dengan mudah ataupun acara setiap tahun.

Para pemain dah cuba terbaik walaupun pada final tidak bermain dalam tahap sebenar. Anda berhak mendapat kredit juga. Kami tak akan lupa dengan aksi separuh akhir anda menentang Pahang sampai bila-bila.

Come On Ifwat, you are better than this.

Nota Editor: Ini adalah pandangan peribadi pembaca SemuanyaBOLA dan tidak mewakili organisasi kami. Anda boleh menyuarakan apa sahaja pandangan tentang bola sepak dengan menghantarkan pandangan ke: [email protected] dalam format Microsoft Words.