Kempen kelayakan Piala Dunia 2018 pasukan Perancis menerima kejutan paling besar apabila diikat 0-0 oleh Luxembourg. Yang menariknya adalah nilai perpindahan pemain Luxembourg adalah €27,000 manakala skuad Perancis sekitar €410 juta.
Perancis sebelum ini cemerlang membelasah Belanda 4-0. Deschamps hanya melakukan 1 pertukaran di dalam ‘team sheet’ beliau dengan memasukkan Mbappe sebagai hadiah kepada kejayaan bintang muda itu menjaringkan gol.
Cubaan Griezmann menerusi sepakan percuma terkena palang gol. Beberapa siri serangan Perancis dinafikan oleh pertahanan dan penjaga gol Luxembourg. Penjaga gol Luxembourg, Jonathan Jouberg menikmati kenangan terindah di dalam karier beliau yang boleh beliau ceritakan kepada anak cucunya kelak.
Withering ratings from L'Equipe after the French draw with The Grand Dutchy of Luxembourg #FRALUX pic.twitter.com/Y7W7KOclny
— Nigel Adderley (@nadderley) September 3, 2017
Antara aksi menyelamat terbaik beliau adalah menafikan cubaan Mbappe, Pogba dan Sidibe. Luxembourg juga hampir menang perlawanan ini apabila cubaan Gerson Rodrigues terkena tiang. Jika itu masuk pastinya malam bola sepak Perancis bergelap.
Keputusan ini membuatkan Perancis berada di tangga teratas kumpulan A dengan hanya 1 mata di hadapan Sweden yang berjaya mencatat kemenangan 4-0 ke atas Belarus.
Untuk Luxembourg, minggu ini adalah minggu terbaik dalam sejarah bola sepak mereka. 2 ‘clean sheet’ dicatatkan. Yang paling besar pastinya clean sheet di Stade De France. Sebelum ini mereka menang ke atas Belarus.
Pemain-pemain Luxembourg meraikan kejayaan seri ini dengan girang sekali. Mana tidaknya, mereka telah berusaha gigih untuk mengikat bekas juara dunia dan Eropah itu.
Itulah bola sepak!