Gareth Southgate Labelkan Phil Jones Sebagai Pemain Pertahanan Terbaik England

Phil Jones

Pengurus England, Gareth Southgate melabelkan pertahanan Manchester United, Phil Jones sebagai pemain pertahanan terbaik England.

Jones yang bergandingan baik di bahagian pertahanan tengah bersama kapten Chelsea, Gary Cahill tidak diberikan ancaman yang berbahaya ketika aksi bertemu Malta dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2018.

Perlawanan ke-7 buat kedua-dua pasukan yang berlangsung di Ta’Qali National Stadium itu berjaya dimenangi oleh England dengan keputusan 4-0 memihak England.

Kemenangan tersebut meletakkan England terus kekal di tangga teratas kumpulan F dengan kelebihan 2 mata berbanding Slovakia yang berada di tempat kedua.

Aksi yang dipamerkan Phil Jones berjaya membuatkan Southgate untuk mengekalkannya di kesebelasan utama pasukan ketika bertemu Slovakia di Wembley pagi esok.

Southgate jelas gembira apabila dapat menggunakan khidmat pertahanan berusia 25 tahun itu yang hanya beraksi 24 perlawanan liga dalam 2 musim liga akibat masalah kecederaan yang sering dihadapi.

“Bukan hanya musim ini tapi terdapat tempoh yang panjang di pertengahan musim lalu di mana saya fikir dia telah menjadi pemain pertahanan terbaik England,” kata Southgate.

“Dia mempunyai ketenangan ketika mengawal bola. Dia juga bijak membaca permainan dan agresif ketika bertahan. Yang paling saya suka adalah dia mempunyai pengalaman hebat walaupun masih muda.”

“Dia mempunyai pengalaman yang hebat bersama kelab dan negara. Dia meningkat dan bersaing dengan baik, jadi saya gembira kerana kami dapat menggunakan khidmatnya  kali ini.”

Dalam perkembangan lain, Jordan Henderson diberi peluang sekali lagi untuk memimpin pasukan The Three Lions bagi berdepan Slovakia nanti.

Joe Hart yang berjaya mendapatkan ‘cleansheet’ pada perlawanan bertemu Malta terus diberikan kepercayaan oleh Southgate untuk mengawal benteng terakhir.

Dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2018, England mencatatkan 5 kemenangan dan 2 seri daripada 7 perlawanan yang dihadapi untuk mencatatkan 17 mata.

Jentera serangan berjaya mencatatkan 14 gol manakala Joe Hart yang beraksi kesemua perlawanan setakat ini hanya dibolosi 2 gol dari 7 perlawanan yang dilalui.

Slovakia berada di tempat kedua dengan 15 mata manakala Scotland di tempat ke-3 apabila mencatatkan 11 mata.

 

 

Sumber :

Skysports (2017) http://www.skysports.com/football/news/12016/11019710/phil-jones-is-englands-best-defender-gareth-southgate-says

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN