Kad Merah Luqman Hakim, LTK Anggap Pengadil Tidak Faham Bola Sepak

Pengendali skuad B-16 Malaysia, Lim Teong Kim yang membawa cabaran negara di Kejihanan AFC B-16 menyalahkan pengadil selepas pasukan negara tewas 2-4 kepada Thailand semalam.

Thailand dengan mudah menewaskan anak buah Lim Teong Kim, selepas dua gol pasukan negara jiran itu diterbitkan ketika Malaysia beraksi dengan 10 pemain.

Malaysia beraksi kurang seorang pemain selepas penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin diberikan arahan keluar padang selepas 50 minit aksi berlangsung.

Luqman dipersalahkan oleh pengadil selepas terjahan keras terhadap pemain lawan ketika berebut bola tinggi.

Menurut Teong Kim, layangan kad merah oleh pengadil, Omar Mohamed Ahmed Hassan Al-Ali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menjejaskan rentak permainan pasukan negara.

Ia sekaligus merencatkan usaha memburu kemenangan untuk memudahkan laluan ke peringkat kalah mati.

Bercakap kepada media seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro, Teong Kim dipetik sebagai berkata:

“Selepas bangkit mengikat kedudukan 2-2, saya berasakan pengadil ‘membunuh’ permainan kami dengan kad merah yang meragukan.

“Kami baru melihat rakaman video, jika beliau memahami bola sepak, beliau tidak akan melayangkan kad merah. Paling tidak kad kuning sahaja atau mungkin tidak menerima apa-apa (kad).

“Saya langsung tidak boleh menerima layangan kad merah itu. Keputusan itu menjejaskan corak permainan kami kerana bermain dengan kurang seorang pemain bukannya mudah tetapi itulah bola sepak,” kata beliau kepada wartawan selepas tamat perlawanan.

Bagi Teong Kim tindakan Luqman itu adalah perkara biasa di dalam bola sepak.

Menjelaskan maksud beliau mengenai pengadil tidak faham bola sepak, Teong Kim berkata:

“Dia (Luqman) hanya mahu mendapatkan bola dan tidak berbuat apa-apa kesalahan. Ia gerakan biasa bagi seorang pemain, malah pemain lawan datang dari arah tidak diketahuinya.

“Anda perlu menjadi seorang pemain bola sepak sebelum membuat keputusan seumpama itu, jika tidak ia menjadi sangat sukar,” katanya.

Teong Kim, bagaimanapun beranggapan Malaysia mampu menewaskan Jepun jika pasukan negara menunjukkan semangat juang yang sama dalam perlawanan seterusnya.

“Segalanya belum berakhir, pemain-pemain beraksi dengan baik. Mereka menunjukkan kesungguhan dan semangat juang yang hebat.

“Mereka mampu bangkit bertenaga dalam perlawanan itu. Ini menunjukkan mereka pejuang tetapi nasib tidak menyebelahi kami hari ini,” ujar Teong Kim.

Malaysia tiada pilihan selain daripada menewaskan Jepun pada Rabu untuk mengimpikan layak ke suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN