TAL2018: Real Chukai Tunjuk Taring Di Minggu Pembukaan, Belasah Ayahanda FC 7-2

Saingan Terengganu Amateur League (TAL2018) kembali lagi untuk edisi 2018.

Masih mengekalkan format yang sama, liga amatur terulung Terengganu ini dilangsungkan dengan 20 pasukan dibahagikan sama ada dalam dua divisyen iaitu Liga Super dan juga Liga Perdana.

Liga Super

Minggu pertama bagi divisyen 1 TAL2018 ini menyaksikan 2 pasukan menikmati kemenangan besar ke atas lawan masing-masing.

Pasukan Island FC cukup berselera meratah Gemuda FC dengan kemenangan 4-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Padang Banggol Tokku.

Island FC mendahului pada minit ke-36 selepas Hilmi Irsyad menyempurnakan sepakan penalti.

Ahmad Shahiddin kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 sebelum Muhammad Faizal menjaringkan gol kedua Island FC seminit kemudian.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan jelas Island FC apabila mereka menambah lagi dua gol.

Ahmad Sufian menjaringkan gol ketiga untuk Island FC pada minit ke-61 dan Muhammad Sayuti mengesahkan kemenangan mereka dengan jaringan pada minit ke-75.

Di Stadium Mak Chili, juara bertahan TAL iaitu Real Chukai menunjukkan kepada penonton yang hadir mengapa mereka adalah johan musim lalu.

Menentang Ayahanda FC, Real Chukai jelas garang apabila berjaya menjaringkan 2 gol pada 10 minit pertama permainan hasil jaringan Mohd Shahizwan dan juga Iqmal Hafiz.

Gol ketiga hadir pada minit ke-30 menerusi Mohd Muslihuddin untuk memberikan pendahuluan selesa kepada tuan rumah.

Pasukan pelawat terus derita apabila jaringan ke-4 Real Chukai tercipta pada minit ke-40, kali ini Adib Ikhwan menyertai senarai penjaring gol.

Gambar: Real Chukai FC

Ayahanda FC berjaya mengurangkan defisit pada minit ke-38 menerusi Che Mohd Haqimi namun itu tidak cukup buat mereka.

Hal ini kerana, Real Chukai menambah 3 jaringan di separuh masa kedua!

Muslihuddin dan Adib berjaya mendapatkan gol kedua peribadi mereka di separuh masa kedua menerusi penyudah pada minit ke-51 dan juga minit ke-67.

Syed Sobri melengkapkan hari cemerlang Real Chukai menerusi jaringan ketujuh pasukan pada minit ke-76.

Ayahanda FC berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Akid Sabilla namun ianya tidak lebih dari sekadar gol saguhati.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan aksi Liga Super TAL2018 untuk minggu 1:

  • FC Pemanis 2-1 Kebilal KKTRWT (Amirul Aiman 28′, 58’/Mohamad Hakim 3′)
  • BTK FC 1-1 PB Melayu Terengganu-Lanjerket (Mohamad Hanafi 59’/Syaiful Syahmi 51′)
  • CND FC 1-1 MD Besut (Rozaimi 85’/Muhammad Nasran 88′)

Liga Perdana

Bagi aksi Liga Perdana pula menyaksikan pola kemenangan terhasil dengan pasukan mencatat kemenangan tipis ke atas lawan masing-masing.

Sebagai contoh, Markless ST memperoleh kemenangan tipis 2-1 ke atas Real Grebar FC.

Syafie meletakkan Markless ST di hadapan pada minit ke-25 sebelum Khairul Rizwan menjaringkan gol kedua pada minit ke-41.

Real Grebar FC cuba bangkit menerusi jaringan Kamarul Zaman di separuh masa kedua namun ianya tidak berjaya memberikan kejayaan buat mereka.

Situasi yang sama terjadi kepada Delima Warriors yang merupakan pasukan yang tersingkir dari Liga Super TAL pada musim lalu.

Mereka memulakan kempen untuk kembali ke divisyen 1 dengan kemenangan dengan menewaskan TDTD FC dengan jaringan 2-1.

Mohd Yushizam meletakkan Delima Warriors di hadapan seawal minit ke-2 sebelum kedudukan itu disamakan oleh Muhammad Danish pada minit ke-17.

Mohamad Zulhakimi muncul wira buat Delima Warriors apabila menyumbat masuk gol pada minit ke-49 untuk memberikan 3 mata kepada mereka.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain untuk aksi Liga Perdana TAL:

  • ATFC Suhada 1-0 TFFC JK United (Amirul Hakimie 18′)
  • Myxini Kuala Berang 1-2 Raja Permin (Shahrul Haafizh 28’/Faiz Farhan 61′, Muhammad Amiruddin ’70)
  • DSPEX FC 2-1 SIXMA ABZ FC (Aiman Sharoni 44′, Izzul Fadhli 65’/Khusairi Qarni 75′)

Setakat ini..

Selepas 1 perlawanan, Real Chukai terus menduduki tangga teratas liga hasil dari kemenangan besar mereka sambil diikuti oleh Island FC di tangga kedua.

Di saingan Liga Perdana, Raja Permin mendahului liga sambil 4 lagi pasukan dengan perbezaan jaringan yang sama mengekori rapat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN