Luqman Hakim Tak Perlu Lalui ‘Ujian Saringan’ Bersama Skuad B-23 Negara

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan menjadi antara pemain yang tidak perlu untuk melalui ujian pemilihan terakhir dalam senarai skuad bawah 23 (B-23) Malaysia untuk saingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Malaysia bakal mengharungi saingan tersebut pada minggu hadapan di Chonburi, Thailand untuk cuba mendapatkan salah satu slot mara aksi Piala Asia dengan E. Elavarasan mempunyai tugas sukar bagi membuktikan kewibawaannya bersama pasukan negara.

Sebelum itu, Malaysia tampil dengan kritikan penuh selepas gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala AFF B-23 selain mempamerkan aksi sangat tidak konsisten.

Tampil dengan perubahan lebih positif, Elavarasan telah menyenaraikan beberapa pemain lebih berpengalaman dalam saingan domestik serta luar negara seperti Luqman Hakim, Nooa Laine, Azam Azmi Murad, Haqimi Azim, serta ramai lagi.

Dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim serta Nooa Laine paling mencuri tumpuan kini selepas mereka dimaklumkan tidak perlu menjalani ujian untuk melayakkan diri ke senarai akhir.

Jelas Elavarasan, kedua pemain tersebut tidak akan mengikuti sesi latihan yang sudah pun berlangsung kini dan akan terus ke Chonburi pada 4 September ini untuk melapor diri.

“Tetapi kita akan menggugurkan dua pemain pada 3 September kerana kita hanya boleh mendaftarkan 23 pemain,” kata Elavarasan menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk rekod, Luqman kini sedang berada di Iceland untuk mewakili Njarðvík FC secara status pinjaman daripada kelab berpengaruh di Belgium iaitu K.V Kortrijk.

Manakala Nooa laine yang sudah pun mencipta nama bersama pasukan senior sebelum itu merupakan antara tonggak penting untuk SJK Seinajoki FC selaku pemain tengah bertahan.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga menegaskan tiada istilah lawan mudah bakal dihadapi mereka untuk saingan ini dengan menganggap semua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri.

“Dalam mana-mana pusingan kelayakan, kita perlu anggap semua pasukan kuat. Tiada pasukan ini kuat, pasukan ini tidak kuat kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berubah.

“Kalau dilihat untuk skuad kali ini, kita ada skuad yang mantap. Tetapi kita perlu ingat, pasukan lain juga mantap apatah lagi pasukan lain seperti Korea Selatan dan Jepun yang jauh berkualiti tinggi.

“Dengan kehadiran Luqman dan Nooa serta pemain yang berpengalaman dalam Liga Super, mungkin ini dapat membantu menambah prestasi pasukan kita,” kata beliau lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN