Luqman Hakim Mahu Rebut Tempat Dalam Skuad Malaysia B-18

Seramai 32 pemain telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan, Bojan Hodak untuk menyertai kem latihan pusat yang bermula semalam sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam pada 5 hingga 18 Ogos 2019.

Mereka  akan berlatih selama sebelas hari di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, sehingga 24 Mei 2019 bagi meningkatkan tahap kecergasan dan menguji keserasian antara pemain.

FOTO: FAM

Salah seorang pemain yang dipilih menyertai latihan pusat tersebut ialah bekas penjaring terbanyak AFC B-16, Luqman Hakim Shamsudin dan beberapa pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Baru-baru ini, sebuah pasukan dari Liga Jepun (J1), Cerezo Osaka dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan Piala Sanix tahun lepas.

Bagaimanapun, Luqman tidak mahu terlalu memikirkan tentang tawaran tersebut sebaliknya mahu fokus dalam merebut tempat dalam skuad Malaysia B-18 dan kempen Piala Presiden bersama pasukan AMD B-17.

“Ia tidak mengganggu fokus saya dan tumpuan saya tetap kepada kempen Piala Presiden,” ujarnya dalam Stadium Astro

“Saya tidak ambil mudah, saya akan terus bekerja keras.

“Walaupun kami telah mengharungi banyak perlawanan, saya tidak akan ambil mudah dan akan teruskan apa yang saya mampu lakukan,” tambahnya.

Menurut sumber daripada Berita Harian, Luqman dijemput untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan tersebut bermula Ogos ini dan turut diintai oleh beberapa pasukan daripada liga divisyen dua.

Luqman menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik Piala Sanix 2019. Dia telah terpilih dalam kalangan ratusan bakat muda yang hebat dan paling menarik, beliau telah dipilih sendiri oleh ketua jurulatih kelab-kelab yang bertanding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN