Sukan SEA 2019: Luqman Hakim Tekad Buktikan Kemampuan Lawan Filipina

Sedar penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Bawah-22 Tahun (B-22) tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin berharap beliau boleh membuktikan sesuatu jika diberikan peluang pada perlawanan seterusnya.

Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan berhadapan cabaran pasukan tuan rumah, Filipina pada Jumaat ini.

Pada perlawanan pertama menentang Myanmar yang berkesudahan seri 1-1, Luqman digandingkan dengan Ahyar Rashid dan juga Hadi Fayyadh di dalam sistem 3-4-3 yang diperagakan pasukan negara.

“Saya belum berpuas hati lagi dengan prestasi saya [ketika menentang Myanmar] kerana masih ada banyak kekurangan. Saya akui bergelut dalam perlawanan pertama,” kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kepada Berita Harian.

GALERI: Aksi sulung acara bola sepak lelaki Kumpulan A Sukan SEA 2019 menyaksikan skuad B-22 kebangsaan seri 1-1 dengan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, November 25, 2019

“Saya berjanji akan memberi aksi yang lebih baik jika sekali lagi diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk berada dalam kesebelasan utama.”

Selain Luqman, seorang lagi pemain keluaran Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD), Umar Hakeen Suhar Rezwan turut berada di dalam kesebelasan utama pasukan menentang Myanmar.

Bagi Kim Swee, kedua-dua pemain menunjukkan persefahaman yang baik dengan pemain senior dalam pasukan, namun mengakui perlu diberikan lebih masa untuk menyesuaikan diri.

Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan di Manila | 26 November 2019

Pemain-pemain B-22 kebangsaan kembali menjalani sesi…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, November 25, 2019

“Umar bermain dengan baik manakala Luqman boleh dikatakan masih lagi berada pada tahap memuaskan tetapi belum cukup memuaskan. Dia perlu diberi masa termasuklah Umar.

“Dua pemain ini menunjukkan persefahaman yang baik dan itu lebih penting daripada apa yang saya inginkan.

“Saya mahu pemain senior dalam pasukan dan pemain muda bergabung bagi membina kombinasi yang baik bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.

 

Kredit Foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN