Pertembungan yang digelar ‘Vincent vs Vincent’ menemukan antara KV Kortrijk dan Anderlecht nampaknya telah menarik perhatian majoriti warga Malaysia.
Ini apabila pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tersenarai dalam senarai 19 pemain untuk perlawanan tersebut yang akan berlangsung awal pagi nanti. Ia juga merupakan kali pertama beliau tersenarai dalam skuad yang dibawa ke saingan Jupiler Pro League selepas tiba ke Belgium pada pertengahan Ogos lalu.
Luqman Hakim sudah tampil beberapa kali dalam perlawanan tidak rasmi bersama skuad KV Kortrijk dan juga aksi liga simpanan bersama skuad B-21, malah telah meledak gol kemenangan 1-0 mereka ke atas Beerschot Wilrijk, minggu lalu.
We have a new name in our squad for tomorrow's game! 🇲🇾https://t.co/TKBTMbzJnb
🔴⚪️ #KVKAND #COYR pic.twitter.com/tbJF9q4lrv
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 22, 2020
Kenapa penyokong di sana menggelarkan ianya pertembungan ‘Vincent vs Vincent’? Ini kerana yang menarik perhatian adalah KV Kortrijk dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, sementara pengurus Anderlecht pula adalah lagenda dan kapten Manchester City, Vincent Kompany. Satu pertembungan yang menarik di Belgium.
Anderlecht pula bukan calang-calang pasukan kerana mereka merupakan antara pembekal utama pemain kepada skuad kebangsaan Belgium. Malah, mereka juga adalah juara 34 kali liga. Jadi, ia adalah satu pengalaman yang amat baik buatnya.
Jika beliau diturunkan, ia saat yang mungkin tidak akan dilupakan olehnya. Debut berdepan Anderlecht yang dibimbing bekas pemain berkelas dunia. Namun, walau apa pun, segalanya tertakluk kepada pengurus pasukan sama ada pemain berusia 18 tahun itu sudah bersedia untuk diturun di pentas saingan Eropah.
➡️ HEAD-TO-HEAD ⬅️@rscanderlecht 🆚 KV Kortrijk
🔴⚪️ #KVKAND #COYR pic.twitter.com/Z3bXwFcWC5
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 22, 2020
Laman web KV Kortrijk juga sudah mengeluarkan senarai rasmi dan nama Luqman Hakim sah berada dalam senarai selepas ciapan di Twitter mereka sebelum itu memberi gambaran yang pemain berasal dari Kota Bharu itu bakal tersenarai. Tulisnya, “We have a new name in our squad for tomorrow’s game!”
Selain itu, Duta Belgium ke Malaysia, Pascal H. Gregoire turut dilihat memuat naik ciapan di Twitter mengenai penyenaraian Luqman Hakim. Tulisnya dengan nada penuh semangat, “BREAKING. #Lucky @luqmansham10 SELECTED IN THE SQUAD FOR THE GAME AGAINST ANDERLECHT TOMORROW!”
Diturunkan beraksi atau tidak, pengalaman berada di bangku simpanan untuk satu pertembungan dengan kelab seperti Anderlecht pastinya dapat membantu beliau dari segi pengalaman dan juga meningkatkan keyakinan untuk terus berusaha keras bagi terpilih untuk aksi-aksi liga selepas perlawanan ke-10 ini lagi.
KREDIT FEATURED IMAGE: KV KORTRIJK
Baca lagi artikel mengenai Luqman Hakim dan KV Kortrijk:
Selangor Capai Kata Sepakat, Lepaskan Luqman Hakim Ke KV Kortrijk