Luqman Hakim Bawa ‘Dakyah’ “Memori Daun Pisang” Ke Iceland

Luqman Hakim

Penyerang remaja negara, Luqman Hakim jelas kelihatan semakin menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Iceland.

Bukan sekadar sudah mula menjaringkan gol, Luqman juga kini semakin menyesuaikan diri di dalam skuad apabila bersama-sama dengan rakan sepasukan dalam pasukan.

Terbaharu, muncul sebuah rakaman yang menyaksikan penyerang pinjaman daripada KV Kortrijk ini menari-nari dalam bilik persalinan.

Gelagat Luqman itu dirakam oleh rakan sepasukannya iaitu Walid Birrou yang merupakan penjaga gol Njardvik ketika sesi di gimnasium.

Disaat pemain-pemain lain lebih gemarkan muzik hip hop, Luqman memilih untuk membawa rentak Malaysia ke Iceland dengan memainkan lagu Memori Daun Pisang.

Lagu berentak dangdut nyanyian Iwan dan Amelina yang malar segar itu dimainkan Luqman ketika sesi gimnasium dan kemudiannya pemain itu berjoget sambil dirakam oleh Birrou.

Birrou kemudiannya menulis, “apa benda ni?” dalam Instagram Storynya sambil meletakkan emoji gelak terbahak-bahak.

Anda boleh saksikan video tersebut di bawah:

p/s: kenangan malam minggu, waktu jalan-jalan. Ewah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN