Luqman Dah Sedia

Penyerang remaja sensasi skuad Malaysia, Luqman Hakim menyatakan beliau sudah sedia menggalas cabaran untuk menjadi penggempur skuad Sukan SEA.

Luqman melepasi senarai akhir untuk ke sukan SEA dan beliau dijangka akan diberikan tempat dalam pasukan utama.

Luqman menganggap bahawa tekanan itu merupakan perkara yang biasa

Beliau berkata kepada wartawan:

“Secara jujur, dalam setiap perlawanan sudah pasti ada tekanan, tetapi bukan saya saja yang menjadi tumpuan atau diberikan harapan untuk menjaringkan gol. Pemain lain juga hebat.”

“Saya sahut cabaran untuk galas tanggungjawab untuk menggantikan Safawi Rasid. Ini juga bagus untuk saya menimba pengalaman yang baharu.”

Beliau juga menegaskan, bermain dalam skuad B-22 adalah berbeza dengan beraksi untuk B-19. Dan menyedari beliau perlu bersaing dengan para pemain senior.

Walaubagaimanapun, Luqman menganggap ia akan memberikan kebaikan kepada beliau untuk meningkatkan kualiti permaiannannya.

Datuk Kim Swee telah memuktamadkan 20 pemain skuad negara dan paling mencuri tumpuan adalah pengguguran Wan Kuzain Wan Kamal disebabkan masalah dokumentasi. Begitupun, skuad kali ini, boleh dikategorikan sangat ampuh.

Tujuh pemain adalah dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Adam Nor Azlin, Danial Amier Norhisham, Irfan Zakaria dan bek sayap, Syahmi Safari.

Sementara Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria adalah dua pemain lebih umur yang dipanggil, masing-masing berusia 23 tahun dan 24 tahun. Dijangkakan kedua-duanya akan mengetuai benteng dan bakal diberikan peranan ketua dan pembantu ketua pasukan.

Selain daripada Luqman Hakim, ada beberapa nama lagi pemain dari skuad B-19 yang lulus untuk bersama skuad B-22 iaitu Umar Hakeem dan Harith Haikal.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN