Pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Pedro Neto kini menjadi sasaran Manchester United menjelang perpindahan musim panas akan datang sebagai alternatif kepada dua pemain lain iaitu Jadon Sancho dan Jack Grealish.
Pemain berusia 21 tahun itu menyerlah bersama Wolves dengan merekodkan lima gol dan lima bantuan jaringan walaupun kelab tersebut berdepan dengan prestasi yang suram pada musim ini.
Menurut beberapa media di England, United dilaporkan bersedia untuk membida pemain Portugal itu dengan harga £50 juta dan nilai tersebut ternyata jauh lebih murah berbanding £110 juta yang diminta oleh Borussia Dortmund untuk Sancho.
You're in charge at Manchester United.
You can only sign ONE of Pedro Neto or Jadon Sancho.
Who do you go for?💰
€27m Pedro Neto OR €100m Jadon Sancho#MUFC pic.twitter.com/8irFBFhRv9
— Manchester United Updates (@MUUpdates247) December 19, 2020
Penyerang muda England itu kemudiannya berdepan dengan penurunan prestasi pada musim ini yang turut memberi kesan kepada prestasi keseluruhan Dortmund termasuk pemecatan Lucien Favre dari jawatan pengurus kelab Jerman tersebut.
Dortmund yang kini dibimbing oleh pengurus sementara Edin Terzic menduduki tangga kelima Bundesliga. Pencapaian tersebut langsung tidak menepati jangkaan pelbagai pihak yang meramal kelab tersebut adalah salah satu pasukan yang mampu mencabar dominasi Bayern Munich di peringkat domestik.
Neto dibeli oleh Wolves dengan harga £16 juta pada Ogos 2019 dan telah beraksi 77 perlawanan sejak dari itu dengan mengumpul 10 gol serta sembilan bantuan jaringan.
Pada 2016 United sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan Neto apabila pemain tersebut hadir ke sesi percubaan di Carrington sewaktu bersama akademi Braga ketika berusia 16 tahun.
Wolves star seen as Sancho alternative
Manchester United are considering a £50 million ($70m) approach for Wolves' Pedro Neto, according to the Sun.#wolves #ManUtd #PedroNeto #footballnews pic.twitter.com/592OmMnM3R
— Each Day Sports (@each_sports) March 21, 2021
Bagaimanapun aksinya tidak cukup meyakinkan untuk diambil menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dan kini beliau mempunyai klausa pelepasan bernilai £55 juta selepas menandatangani kontrak baharu bersama Wolves pada November tahun lalu.
Pemain tersebut juga telah disenaraikan dalam 20 pemain bawah 20 tahun dengan nilai paling mahal daam pasaran perpindahan oleh Centre International d’Etude du Sport (CEIS), iaitu sebuah organisasi bebas yang membuat kajian berdasarkan analisis dan statistik bola sepak.
Mengambil kira beberapa faktor seperti umur pemain, baki kontrak, prestasi semasa, aksi peringkat antarabangsa, perkembangan karier serta kedudukan kewangan kelab, nilai semasa Neto ketika ini adalah €53.6 juta.
United turut berdepan dengan saingan beberapa kelab lain yang turut menyatakan minat untuk mendapatkan pemain berkenaan termasuk Manchester City.
Selain Neto, antara pemain lain yang masuk dalam senarai permintaan Ole Gunnar Solskjaer untuk mengisi posisi sayap kanan di Old Trafford adalah Raphinha (Leeds United) dan Pedro Goncalves (Sporting Lisbon).
Kredit Foto: All Baller Zone
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pedro Neto dan Manchester United:
20 Pemain Bawah 20 Tahun Dengan Nilai Paling Mahal Dalam Pasaran Perpindahan
5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini
Manchester United Menawarkan 3 Pemain Kepada West Ham Untuk Dapatkan Declan Rice