Pemain pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw yang kian disisihkan kelihatan begitu bersemangat mahu kembali merebut tempat kesebelasan dalam utama skuad The Red Devils.
Shaw yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Old Trafford hanya mampu membuat 22 penampilan selepas kehadiran Jose Mourinho membimbing pasukan.
Ashley Young yang lebih menjadi pilihan Mourinho pengurus kelahiran Portugal itu pada musim lalu dilihat sebagai calon utama bagi beraksi di posisi tersebut.
Melihat kepada perkembangan tersebut, Shaw berazam untuk kembali merebut tempat untuk membuktikan beliau masih mempunyai masa depan bersama United.
”Terdapat peluang buat semua pemain, bukan hanya saya. Saya melihatnya seperti itu. Lima perlawanan terakhir adalah berkenaan kecergasan.”
”Saya mahu membuktikan kepada pengurus yang saya boleh berada dalam pasukannya. Apabila semua pemain kembali, saya masih mahu untuk berada di kesebelasan utama senarai pemain.”
”Ini adalah masa buat saya untuk dapat berada dalam pasukan.”
Dalam pada itu, Shaw turut mengulas mengenai perjalanan kariernya bersama Manchester United selama empat tahun ini.
”Ia mengecewakan. Saya memandang kembali beberapa tahun dan saya tidak menikmati perjalanan yang baik bersama pasukan.”
”Pada tahun saya mengalami patah kaki, saya merasakan sungguh kuat. Itu sungguh malang. Saya tahu apa yang saya boleh lakukan dan itulah sebab mengapa saya masih di sini.”
”Saya tidak fikir saya masih terlibat dengan pasukan sekiranya pengurus tidak mempercayai saya,” jelas Shaw lagi yang kini menyertai latihan pra-musim Manchester United di Amerika Syarikat.
Luke Shaw mula menyertai United dari Southampton pada 27 Jun 2014 dengan perpindahan bernilai £30 juta.