Cristiano Ronaldo Mahu Jual Segala Aset Mewah Beliau Di Sepanyol

Ronaldo

Cristiano Ronaldo kini telah memulakan hidup baharu beliau sebagai pemain Juventus di Itali.

Memasuki tajuk baharu, kini Ronaldo tidak lagi mahu mengingati sebarang cerita lama yang beliau hadapi ketika di Sepanyol.

Menurut sumber di Sepanyol, Ronaldo kini telah memutuskan segala hubungan yang beliau miliki di sana.

Dalam erti kata lain, beliau akan menjual segala aset yang beliau miliki di sana termasuklah rumah agam beliau.

Hal ini kerana, Ronaldo melakukan sedemikian untuk menamatkan segala permasalahan beliau dengan kerajaan Sepanyol mengenai isu cukai.

MADRID, SPAIN – JANUARY 13: Cristiano Ronaldo of Real Madrid reacts during the La Liga match between Real Madrid and Villarreal at Estadio Santiago Bernabeu on January 13, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by fotopress/Getty Images)

Tindakan yang dilakukan ini adalah sama ketika beliau mula-mula hadir di Sepanyol ketika dahulu.

Ketika baru menyertai Real Madrid, Ronaldo menjual segala aset yang dimiliki oleh dirinya di Manchester sewaktu bermain untuk Manchester United.

Beliau dijangka akan membawa kesemua 22 koleksi kereta beliau ke rumah baharu beliau di Turin.

Menurut laporan, rumah baharu beliau di Turin merupakan rumah 3 tingkat yang mempunyai 8 bilik tidur.

Selain itu, rumah itu mempunyai 2 laluan masuk rahsia yang tidak didedahkan kepada umum.

Tindakan Ronaldo ini berkemungkinan akan menyebabkan projek beliau di Sepanyol akan mengalami sedikit masalah.

Hal ini kerana, beliau merancang untuk membina hotel CR7 yang terletak di Madrid.

Apa yang menyulitkan isu ini adalah projek ini dilaksanakan bersama-sama pihak lain yang turut serta dalam hal ini.

Jadi semestinya Ronaldo perlu duduk berbincang dengan pihak-pihak lain yang terlibat dalam hal ini sebelum keputusan akhir dibuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN