Lukaku Tidak Begitu Gembira Di Chelsea, Beri Bayangan Akan Kembali Ke Itali

Romelu Lukaku

Penyerang  Chelsea, Romelu Lukaku menyatakan beliau tidak begitu gembira bersama sistem yang diterapkan Thomas Tuchel sambil mengaku ingin kembali bersama Inter Milan jika masih lagi berpeluang suatu ketika nanti.

Lukaku meninggalkan Inter pada bulan Ogos lalu dan kembali bersama Chelsea untuk kali kedua dengan nilai perpindahan sebanyak $131 juta

“Setelah dua tahun saya berada di Itali, di mana saya banyak bekerja bersama jurulatih dan pakar pemakanan, saya sihat dari segi fizikal. Tapi saya tidak begitu berpuas hati dengan situasi tersebut. Ini merupakan perkara biasa.”

“Saya berfikir jurulatih telah memilih untuk bermain dengan sistem yang berlainan, saya hanya perlu untuk tidak menyerah dan terus bekerja dengan professional.

“Sudah tentu saya tidak begitu suka dengan situasi sekarang, tetapi ini adalah pekerjaan saya dan saya tidak boleh menyerah.”

Lukaku sepatutnya memimpin serangan Chelsea musim ini dengan rekod semasa beliau yang menarik, namun pemain kebangsaan Belgium itu telah terlepas sembilan perlawanan sejak bulan Oktober akibat masalah Covid-19 serta dihantui masalah kecederaan.

Penyerang tersebut hanya meledak tujuh gol sahaja dalam semua kejohanan yang disertai musim ini dan satu jaringan terbaharu dalam dua perlawanan terakhir setakat ini.

Chelsea yang pernah menjadi pendahulu liga sebelum ini selama beberapa minggu kini berada pada tangga kedua di belakang Manchester City dengan jurang perbezaan sebanyak lapan mata.

Dalam masa sama, Tuchel turut meluahkan rasa kecewa dengan masalah kecederaan yang menghimpit skuad kendalian beliau serta mutu pengadilan pada perlawanan lalu di mana Chelsea sekadar terikat seri 1-1 menentang pasukan Brighton & Hove Albion.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN