Lukaku Terpaksa Berlatih Bersama Anderlecht Kencangkan Spekulasi Perpindahan

Romelu Lukaku dikatakan menjalani latihan bersama bekas kelab, Anderlecht di Belgium, tatkala khabar angin mengaitkan pemain itu dengan beberapa kelab Serie A terus bertiup kencang.

Lukaku terpaksa meneruskan latihan, dan memilih untuk berlatih bersama skuad B-23 Anderlecht selepas semua anggota skuad Manchester United diberikan rehat satu hari pada Isnin, selepas kembali dari perlawanan pra musim menentang AC Milan.

Selepas tidak berada di dalam pasukan untuk perlawanan yang diadakan di Cardiff itu, Lukaku akhirnya memilih untuk kembali ke negara asalnya untuk membantu beliau meningkatkan tahap kecergasan.

Penyerang antarabangsa Belgium itu juga tidak beraksi dalam semua enam perlawanan pra musim yang dilalui oleh Manchester United.

Malah kedudukan beliau di dalam pasukan sebagai penyerang utama dilihat sudah berada di belakang Marcus Rashford dan juga Anthony Martial.

Penyerang berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan Inter Milan sepanjang musim panas lalu, namun kini Juventus juga dilihat sebagai antara destinasi kemungkinan untuk pemain tersebut.

Perkhabaran beliau berlatih bersama pasukan lain juga hanya sekadar menyemarakkan Lukaku semakin menghampiri pintu keluar di Old Trafford.

Latihan Lukaku di Anderlecht dilaporkan hasil bantuan bekas rakan sepasukan di pasukan kebangsaan, Vincent Kompany yang kini adalah ketua jurulatih kelab Belgium tersebut.

Manchester United akan memulakan latihan pada hari ini, dan Lukaku dijangka akan kembali ke Carrington, ketika Ole Gunnar Solskjaer memulakan rangka persiapan untuk berhadapan Chelsea pada Ahad hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN