Lukaku Rancang Persaraan Dari Bola Sepak Antarabangsa Selepas Euro 2020

Romelu Lukaku dilaporkan telah merancang untuk bersara dari bola sepak antarabangsa selepas kejohanan Euro 2020.

Penyerang Manchester United itu menyerlah ketika kempen Piala Dunia bersama Belgium, dan menjaringkan empat gol untuk membantu skuad kendalian Roberto Martinez menduduki tempat ke-3 di Rusia.

Namun demikian, ia tidak cukup untuk mendorong penyerang berusia 25 tahun ini untuk terus beraksi di pentas antarabangsa untuk tempoh lebih lama, dan mengakui mulai memikirkan persaraan sejak dua tahun yang lalu.

Lukaku hanya berumur 27 tahun pada ketika Euro 2020 mengambil tempat.

“Saya mungkin akan bersara selepas Euro 2020,” ujar Lukaku kepada Business Insider.

“Saya berusia 25, dan belum mencapai kemuncak prestasi. Jadi buat masa ini ia seperti satu persaingan untuk mengisi tempat saya. Buat masa ini, saya belum mahu menyerahkannya. Selepas dua tahun, sesiapa sahaja boleh mengambil tempat itu,” ujar beliau lagi.

(Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Lukaku adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Belgium dengan 40 gol dan sebenarnya masih mampu untuk beraksi di Piala Dunia, jika usia beliau diambil kira. Tetapi pemain itu jelas mahu mengalihkan perhatian kepada kelab yang diwakilinya selepas itu.

Selepas kecewa di Euro 2016 dan juga Piala Dunia 2014, skuad ‘generasi emas’ Belgium melalui kempen yang dianggap berjaya apabila berjaya melayakkan diri sehingga ke separuh akhir.

“Dalam setiap kejohanan utama, pasukan ini disasarkan untuk layak ke separuh akhir. Dan apa pun boleh terjadi selepas peringkat itu.”

(Photo by James Williamson – AMA/West Bromwich Albion FC via Getty Images)

“Anda boleh memenangi semua kejuaraan, tetapi anda tidak boleh tidak layak ke separuh akhir,” jelas Lukaku lagi.

Penyerang antarabangsa Belgium ini terlepas peluang terbaik menambah jaringan untuk Manchester United dalam perlawanan menentang Leicester pada Jumaat lalu.

Beliau dijangka akan diturunkan dalam perlawanan seterusnya menentang Brighton pada Sabtu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN