Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan ayam tambatan mereka, Romelu Lukaku sudah kembali menjalani latihan menjelang pertembungan tetangga berdepan Manchester City, di Etihad Ahad ini.
Lukaku yang setakat ini empat gol pada kempen EPL musim ini, terlepas kemenangan Liga Juara-Juara 2-1 ke atas Juventus beberapa hari lalu disamping kejayaan membenam Bournemouth 2-1 berikutan mengalami kecederaan otot.
https://twitter.com/CapitalMANNews/status/1060875256817172480
Penyerang antarabangsa Belgium itu bakal menyertai semula pasukan untuk kunjungan ke Etihad, namun dengan syarat harus mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini sewaktu latihan.
“Lukaku sudah menjalani latihan pagi ini,” kata Mourinho dalam sidang media.
“Jika keputusannya positif, dia pastinya bersedia.” jelas Mourinho.
https://twitter.com/utdxtra/status/1060833774974439424
Juara bertahan, City kini berada di puncak liga dengan kelebihan dua mata di depan Chelsea dan Liverpool tetapi jauh meninggalkan pasukan tangga ketujuh, United dengan sembilan mata.
Dalam pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan pada musim lalu menyaksikan United mencatat kemenangan 3-2.
Perseteruan derbi Manchester yang ada pada hari ini adalah lebih panas daripada semua era sebelum ini. Ianya bermula ketika Manchester City menerima pelaburan mega daripada Sheikh Mansour.
Manchester City mulai mencabar Man. United untuk kejuaraan EPL. Sir Alex Ferguson pernah melabel Man. City sebagai jiran bising mereka dan yakin tidak akan menjadi pasukan besar (top dog) dalam hayat beliau.
Ianya menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong City. Mereka akhirnya membuktikan mereka mampu menjadi pasukan besar dalam EPL dan Eropah.