Lukaku Bantu United Menang, Man. City Atasi Rekod 15 Tahun Arsenal

Manchester United 1 Bournemouth 0

Romelu Lukaku mengakhiri detik malang beliau dengan membantu Manchester United menang 1-0 ke atas Bournemouth di Old Trafford.

Lukaku menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-25. Beliau menanduk kemas hantaran lintang Mata.

Namun skuad Eddie Howe memberikan beberapa masalah kepada Manchester United. Tetapi tidak mampu menewaskan David De Gea.

De Gea menyelamatkan percubaan Ryan Fraser dengan teknik yang sangat luar biasa.

Liverpool 0 WBA 0

Di Anfield, Mohamed Salah gagal meneruskan aksi cemerlang di hadapan gol. Skuad Jurgen Klopp diikat tanpa jaringan oleh WBA.

Skuad Alan Pardew memiliki 2 atau 3 percubaan bahaya yang memaksa Karius melakukan aksi menyelamat. Liverpool keciciran 4 mata daripada 6 mata ditawarkan di Anfield dalam 2 perlawanan terakhir.

West Ham 0 Arsenal 0

Arsenal gagal menjaringkan gol dalam EPL buat pertama kali dalam tempoh 3 bulan. Giroud dan Ozil antara yang memiliki peluang terbaik.

The Gunners melakukan 22 percubaan gol ke arah lawan namun buntu untuk mencari gol. Keputusan ini meletakkan Arsenal di tangga ke-7 di belakang Burnley.

Swansea 0 Manchester City 4

Skuad Pep Guardiola seakan-akan tidak mampu dihalang lagi. Mereka kini merekodkan kemenangan ke-15 berturut-turut dalam EPL. Ini memecahkan rekod yang dipegang Arsenal dengan 14 perlawanan pada 2002.

David Silva ternyata dalam kelas tersendiri di dalam perlawanan ini. Beliau menjaringkan 2 gol. 2 lagi gol adalah dari De Bruyne dan Aguero.

Keputusan lain

Tottenham 2 Brighton 0

Southampton 1 Leicester City 4

Newcastle 0 Everton 1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN