Dibarisi Majoriti Pemain Muda, Selangor Akan Tampil ‘Lebih Segar’ Musim 2018

Pengendali Selangor, P. Maniam telah memberi bayangan yang Selangor akan menggunakan lebih banyak tenaga muda dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Melihatkan purata umur keseluruhan senarai pemain yang telah diumumkan, kenyataan Maniam itu mungkin bakal direalisasikan. Purata umur skuad ‘The Red Giants’ untuk musim 2018 adalah 24 tahun.

Selangor bakal dibarisi oleh 18 pemain yang berumur bawah 23 tahun, dengan hanya 11 pemain yang boleh dianggap sebagai pemain senior antaranya kapten, Razman Roslan, Amri Yahya, Norazlan Razali dan Azamuddin Akil.

“Kita akui barisan Selangor musim depan dibarisi ramai pemain muda, jadi penting untuk mereka diberi pendedahan dan peluang beraksi.

“Jadi, mereka perlu bersedia dan memanfaatkan peluang yang diberikan dengan memperagakan aksi terbaik masing-masing,” ujar Maniam kepada Harian Metro.

Pengendali berusia 49 tahun itu tidak takut mengetengahkan bakat-bakat muda dan seperti musim lalu, pemain-pemain muda seperti Adam Nor Azlin, Syahmi Safari dan K. Kannan sering mendapat ruang dan peluang.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Hasilnya, pemain-pemain tersebut dilihat semakin matang menuju ke penghujung musim. Lihatlah perkembangan Adam Nor Azlin, sehingga menjadi tulang belakang kepada barisan pertahanan Selangor musim lalu.

Malah, salah seorang pemain yang baharu menyertai Selangor untuk musim 2018, Sean Eugene Selvaraj, mengakui perkara tersebut adalah antara sebab dia mahu menyarung jersi Selangor.

“Itu (penggunaan pemain muda) adalah sebab saya menyertai Selangor. Mereka beraksi di Liga Super dan menggunakan pemain muda, dan ini adalah peluang terbaik saya untuk pergi ke sana,” jelas Sean kepada Goal.com.

Pada 2017, musim pertama Maniam mengendalikan Selangor, dia telah menaikkan tujuh pemain bawah 21 tahun ke pasukan utama. Dan pemain-pemain tersebut juga masih beraksi bersama skuad Piala Presiden.

P. Maniam ketika sesi latihan Selangor baru-baru ini. Foto: Facebook FA Selangor.

Ini kerana, Maniam menjelaskan yang pemain muda wajar diberikan pendedahan beraksi pada tahap kompetitif untuk mereka mengembangkan lagi potensi diri mereka.

Sementara itu, Maniam turut mengesahkan kepada Goal.com, Selangor akan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Indonesia pada Januari depan.

“Kami akan beraksi satu perlawanan di Malaysia sebelum berangkat ke Indonesia, di mana kami akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di sana.

“Kami belum mengenal pasti lawan kami di sana, tetapi ia akan bermula pada 7 hingga 17 Januari, samaada di Jakarta atau Surabaya,” jelasnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN