Bintang Real Madrid, Luka Modric dilaporkan telah menolak tawaran yang sungguh luar biasa lumayan dari salah sebuah kelab gergasi di Arab Saudi dengan tawaran yang beliau terima dikatakan antara yang terbesar dalam sejarah dunia bola sepak.
Kelab-kelab di Arab Saudi ketika ini sedang mengganas dalam pasaran pemain dengan mereka kini memburu pemain-pemain berprofil tinggi untuk beraksi di Timur Tengah.
Bermula dengan Al-Nassr yang menandatangani Cristiano Ronaldo pada Disember lalu, beberapa pemain bintang lagi sepertinya tampil mengikuti jejak langkah legenda Portugal itu.
Understand Luka Modrić received one of biggest salary proposals ever in football from Saudi. 🇸🇦
He decided to turn down the bid with the utmost respect. ⛔️
There’s only one reason: he wants play, fight and win again at the club of his life Real Madrid. ⚪️✨
Modrić, 2024. 🔒 pic.twitter.com/Gm42BtqBNl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 26, 2023
Baru-baru ini, pemain bintang seperti Karim Benzema dan N’Golo Kante telah bersetuju untuk melengkapkan perpindahan mereka menyertai Al-Ittihad.
Kalidou Koulibaly dan Ruben Neves pula sementara itu telah melengkapkan perpindahan mereka untuk menyertai Al-Hilal pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kelab-kelab dari Arab Saudi sepertinya masih belum puas untuk memburu pemain-pemain bintang dengan mereka masih memancing bintang hebat di Eropah untuk beraksi dalam saingan Saudi Pro League.
Alvaro Morata, Riyad Mahrez, Heung-Min Son, Bernardo Silva, Thomas Partey, dan Roberto Firmino antara beberapa pemain lagi yang sedang dipancing untuk beraksi di Arab Saudi.
Cara kelab-kelab dari Liga Arab Saudi membeli pemain dari Eropah sepertinya lebih gila berbanding apa yang dilakukan oleh kelab dari China satu ketika dahulu.
😅 Real Madrid posted this photo of Luka Modrić during a game in Saudi Arabia, at the stadium of the club that wanted him. pic.twitter.com/9BZafeGh1o
— Madrid Xtra (@MadridXtra) June 26, 2023
Ketua pasukan kebangsaan Croatia, Luka Modric turut menerima tawaran dari Arab Saudi dan hal itu telah didedahkan sendiri oleh manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano.
Bintang berusia 37 tahun itu sepertinya boleh menghabiskan kariernya di Arab Saudi dengan menerima gaji yang sungguh dahsyat andai beliau terima tawaran dari kelab di Arab Saudi itu.
Beliau jelas sekali tidak akan mendapat kenaikkan gaji yang tinggi bersama Real Madrid, apa lagi selepas kelab dari Sepanyol itu mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan Jude Bellingham.
Luka Modric walau bagaimanapun menolak tawaran dari kelab Arab Saudi itu dan menurut laporan dari pelbagai sumber, beliau sebenarnya telah menerima antara tawaran yang paling lumayan dalam sejarah dunia bola sepak.
Modric menolak untuk menerima tawaran itu kerana beliau mahu terus beraksi bersama Real Madrid untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi.
One of the biggest Madridistas ever man denied a huge offer from Saudi at the age of 37. I love him sm. Eternal Luka Modric 🤍https://t.co/WFK1RLa4q7 https://t.co/CsciktOOBa
— Dr Yash (@YashRMFC) June 26, 2023
Bekas bintang Tottenham Hotspur itu telah menandatangani kontrak baru selama setahun bersama Real Madrid, seterusnya melengkapkan 12 tahun karier beliau di Sepanyol.
Pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun 2018 itu telah membuat 500 penampilan untuk Los Blancos dengan beliau turut memainkan peranan penting sebalik kejayaan kelab menjuarai lima gelaran Champions League dan tiga gelaran La Liga.
Ketika pihak kelab mengumumkan tentang berita beliau melanjutkan kontraknya, Modric memuat naik status di laman twitter dengan menyatakan:
“Home sweet Home.”
Keputusan Modric itu jelas sekali akan menggembirakan presiden UEFA, Aleksander Ceferin dengan beliau antara individu paling lantang menghentam cara Arab Saudi memancing pemain Eropah pada ketika ini.
“Saya rasa ia kesilapan besar untuk bola sepak Arab Saudi.”
✍️ @diarioas:
"There are fans who doubt Luka Modrić's love and loyalty towards Real Madrid because he doesn't leave the Croatia national team. The reality is he has rejected a Saudi salary 10 times higher than Real Madrid's to stay." pic.twitter.com/CIEkR96TQx
— Madrid Xtra (@MadridXtra) June 26, 2023
“Kenapa itu sebagai satu masalah untuk mereka? kerana mereka sepatutnya melabur untuk akademi, mereka patut bawa jurulatih dan mereka patut kembangkan sendiri pemain mereka.”
“Sistem membeli pemain yang sudah hampir mengakhiri karier mereka bukanlah satu sistem untuk kembangkan bola sepak.”