Ibrahima Konate Gunakan Cuti Pra-Musim Untuk Sempurnakan Ibadah Haji

Bintang Liverpool, Ibrahima Konate menggunakan cuti pra musim beliau untuk menyempurnakan ibadah Haji dengan bintang Perancis itu pada ketika ini sudah berada di Mekkah.

Ketika awal ketibaannya ke bumi Arab Saudi, terdapat ramai peminat yang membuat spekulasi bahawa beliau bakal mengikuti jejak langkah bintang-bintang handalan dunia seperti Karim Benzema, Cristiano Ronaldo, Kante dan ramai lagi untuk beraksi dalam saingan Saudi Pro League.

Walau bagaimanapun, tanggapan peminat itu jelas sekali salah kerana Konate sebenarnya ke Arab Saudi semata-mata mahu menyempurnakan ibadah Haji beliau.

Ibrahima Konate sememangnya antara pemain beragama Islam yang sering menunjukkan sikap-sikap terpuji sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Bintang Liverpool itu kerap memberikan mesej kedamaian di laman media sosial miliknya dengan beliau juga sering memuat naik gambar dirinya menyempurnakan solat Jumaat.

Dan ketika beliau melakukan ibadah Haji pada ketika ini, jelas sekali ia bukan hal yang boleh mengejutkan para peminat.

Para peminat membuat spekulasi yang beliau ke Arab Saudi kerana mahu menyertai kelab dari saingan Saudi Pro League kerana ramai pemain bintang besar sudah melakukan hal tersebut sejak kebelakangan ini.

Bermula dengan Al-Nassr yang menandatangani Cristiano Ronaldo pada Disember lalu, beberapa pemain bintang lagi sepertinya tampil mengikuti jejak langkah legenda Portugal itu.

Baru-baru ini, pemain bintang seperti Karim Benzema dan N’Golo Kante telah bersetuju untuk melengkapkan perpindahan mereka menyertai Al-Ittihad.

Kalidou Koulibaly dan Ruben Neves pula sementara itu telah melengkapkan perpindahan mereka untuk menyertai Al-Hilal pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kelab-kelab dari Arab Saudi sepertinya masih belum puas untuk memburu pemain-pemain bintang dengan mereka masih memancing bintang hebat di Eropah untuk beraksi dalam saingan Saudi Pro League.

Alvaro Morata, Riyad Mahrez, Heung-Min Son, Bernardo Silva, Thomas Partey, dan Roberto Firmino antara beberapa pemain lagi yang sedang dipancing untuk beraksi di Arab Saudi.

Melihat kepada hal itulah menyebabkan peminat membuat spekulasi yang Konate ke Arab Saudi kerana mahu beraksi dalam saingan Saudi Pro League.

Walau bagaimanapun, segala spekulasi itu tidak benar kerana Konate ke Arab Saudi kerana mahu menyempurnakan ibadah Haji dan semoga saja segala urusan beliau di sana dipermudahkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN