Luis Suarez Yakin Tidak Menang Ballon d’ Or, Label Ia Anugerah Untuk Bintang Popular

Luis Suarez yakin beliau tidak akan memenangi Ballon d’Or  kerana beliau bukan pemain yang kuat dari segi “pemasaran”.

Penyerang sensai Barcelona tersebut dicalonkan untuk anugerah itu selepas memenangi Augerah Kasut Emas Eropah 2016. Suarez menjaringkan 40 gol pada musim lalu.

suarez

Suarez berpendapat :

“Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan menjadi calon pilihan sekali lagi untuk memenangi Anugerah Ballon d’Or.”

Messi dan Ronaldo terlalu gah selepas hanya di antara mereka sahaja yang memenangi anugerah itu sejak Kaka memenanginya pada 2007.

Pada musim lalu, Suarez membantu Barcelona menjuarai La Liga dan Copa del Rey. Beliau menjadi penyerang utama Barcelona setelah Lionel Messi banyak disisihkan kerana kecederaan.

Tambah Suarez lagi:

“Ballon d’Or lebih kepada pemasaran dan media berbanding dengan pengiktirafan pencapaian di atas padang.”

“Saya telah memenangi semua anugerah kerana pencapaian (atas padang). Kasut emas adalah kerana jumlah gol yang saya jaringkan. Jadi tidak ada pilihan untuk yang lain mengambilnya daripada saya.”

“Peluang saya untuk menang Ballon d’Or adalah tipis. Ini kerana saya tidak memiliki nilai yang tinggi dari segi pemasaran.”

“Cita-cita saya adalah untuk memenangi UCL, dan ia perkara yang besar untuk saya. ”

Dalam beberapa tinjauan yang dijalankan, Cristiano Ronaldo adalah pilihan utama untuk memenangi Ballon d’Or selepas membantu Real Madrid menjuarai UCL. Beliau juga membantu Portugal menjuarai Piala Eropah 2016.

Selain Ronaldo dan Messi, bintang Atletico Madrid juga disebut-sebut akan berada dalam 3 calon teratas untuk anugerah berprestij ini.

Walaupun Lionel Messi banyak berehat musim lalu, Luis Suarez tetap merasakan Messi masih lagi ancaman terbesar kepada finalis lain.

“Untuk memenangi ia adalah mustahil. Namun saya tetap rasa bertuah kerana bermain di samping (Messi) pemain terbaik dalam sejarah. Beliau juga seorang yang hebat di luar padang.”kata Suarez.

msn

“Saya tidak mahu membandingkan diri saya dengan sesiapa. Saya ada cara bermain saya yang tersendiri. Ia berbeza dengan yang lain. ”

“Saya adalah pemain yang mahu membantu pasukan. Saya gembira jika diberikan anugerah individu seperti ini kerana saya seorang penjaring gol dan kadangkala ia kerana ego.”

Adakah anda bersetuju dengan Luis Suarez? Dan adakah anda rasa beliau layak untuk memenangi Ballon d’Or?

Baca juga : Laporan Prestasi Semasa MSN vs. BBC, Siapa Lebih Hebat Setakat Ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN