Luis Figo: Patuhi Keperluan Yang Telah Ditetapkan MFL Untuk Tingkatkan Kualiti Liga Malaysia

Figo

Luis Figo yang kini merupakan penasihat kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendedahkan bahawa menjadi kepentingan buat setiap pasukan untuk mematuhi setiap keperluan yang ditetapkan bagi meningkatkan kualiti sesebuah liga.

Kenyataan Figo yang dikeluarkan laman Facebook rasmi Malaysian Football League itu memberikan gambaran jelas bahawa setiap pasukan perlu untuk mematuhi syarat ditetapkan.

Beliau turut melihat usaha Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang mengemudi Malaysian Football League (MFL) adalah sesuatu perkembangan yang baik.

”Sekiranya anda mahukan liga menjadi baik, kelab perlu mengikuti semua keperluan dan peraturan undang-undang.”

”Apa yang diusahakan oleh TMJ (Tunku Mahkota Johor) adalah sesuatu yang sangat betul dan jelas berada di landasan yang tepat.”

Figo yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah turut menyifatkan keengganan pasukan untuk mematuhi peraturan ditetapkan, ia akan mempengaruhi dan Liga Malaysia juga tidak akan meningkat.

”Jika kelab tidak mengikut ketetapan dan tidak mematuhi peraturan pertandingan liga, sesebuah liga itu tidak akan meningkat kualitinya.”

Sejak akhir-akhir ini, beberapa pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia 2019 merasakan peraturan yang ditetapkan MFL menjadi bebanan buat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN