Luis Figo: ‘Catalonia Sebahagian Daripada Sepanyol’

Luis Figo satu ketika dahulu pernah menyokong secara terbuka pembebasan Catalonia daripada Sepanyol ketika beliau menyarung jersi Barcelona.

Namun semalam, beliau berpendapat yang Catalonia adalah sebahagian daripada Sepanyol. Figo berkata:

“Saya masih dengan pendirian saya mengagumi wilayah Catalonia. Tetapi mereka adalah sebahagian daripada Sepanyol.”

Figo pernah menjadi alat kempen Florentino Perez untuk mendapat jawatan Presiden Real Madrid satu ketika dahulu menjawab soalan sensitif itu dengan yakin.

(Photo credit should read MARC ALEX/AFP/Getty Images)

“Catalonia sebahagian daripada Sepanyol. Saya tahu Sepanyol dan Catalonia adalah Sepanyol, ia sebahagian daripada Sepanyol. Buat masa ini kita semua hidup bersama-sama dan ini harus diteruskan.”

Ditanya, adakah Sepanyol mungkin akan bersatu dengan Portugal pada suatu hari nanti. Beliau menjawab:

“Maaf, Portugal sentiasa menjadi negara yang merdeka. Saya tidak rasa Portugal akan bergabung dengan Sepanyol.”

“Kita semua beradai di semenanjung Iberian dan kita (Sepanyol dan Portugal) ada hubungan yang sangat baik tetapi setiap negara itu ada perbezaan mereka tersendiri.”

Dalam sesi yang sama, Luis Figo tetap yakin Real Madrid akan mampu memintas Barcelona walaupun kini Barcelona sudah berada 8 mata di hadapan mereka.

“Buat masa ini, Barcelona ada kelebihan. Tetapi liga masih panjang dan masih banyak perlawanan untuk dimainkan.”

“Madrid tidak boleh keciciran banyak mata lagi selepas ini. Real Madrid pasukan yang kuat dan saya yakin mereka akan mampu melakukannya nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN