Moyes: ‘Saya Akan Membentuk Pasukan Dengan Corak Menyerang Dan Menghiburkan’

David Moyes yakin yang beliau akan mampu mencipta sebuah pasukan yang mampun menghiburkan penyokong dengan pemain yang ada dalam pasukan beliau.

Perlawanan pertama West Ham adalah berhadapan dengan Watford pada 19 November ini. Beliau bercakap dalam temu ramah pertama beliau di West Ham.

“Saya harap penyokong West Ham akan melihat bola sepak yang terurus dan berdisiplin. Namun saya sentiasa menggemari bola sepak menyerang dan menghiburkan.”

“Saya sangat yakin dapat melakukannya dengan kumpulan pemain yang kita ada di sini. Rasanya kita memiliki skuad yang bagus.”

Moyes berbangga dengan jawatan baru beliau itu dan menganggap tugas menjadi pengurus West Ham adalah sesuatu yang sukar untuk ditolak.

Beliau juga yakin akan dapat mengeluarkan West Ham daripada zon penyingkiran.

“Buat masa ini, West Ham seharusnya berada di kedudukan yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Dan saya yakin keadaan ini akan diperbaiki sehingga akhir musim ini.”

“Saya sangat yakin dan kini kami harus membuktikannya di dalam padang.”

David Moyes pernah menguruskan Manchester United sebelum ini selepas Alex Ferguson berpendapat beliau adalah orang yang tepat menggantikan beliau.

Namun Moyes gagal melakukannya lebih baik. Moyes juga pernah menguruskan Sunderland pada musim lalu. Kini beliau ada tugas berat untuk menaikkan semula West Ham yang sedang bergelut dengan prestasi mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN