Semua pihak terutama penyokong La Roja tidak seharusnya melenting dan mengkritik pasukan itu susulan kegagalan mencipta kemenangan besar bertemu Norway pada pertemuan pertama kumpulan F, kelayakan Euro 2020, Ahad lalu.
Perlawanan tersebut menyaksikan Sepanyol berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 menerusi jaringan Rodrigo dan Sergio Ramos. Manakalah gol Norway dihasilkan menerusi penyerang A.F.C Bournemouth, Joshua King.
Semalam, skuad Luis Enrique menang 2-0 keatas Malta di gelanggang lawan.
Alvaro Morata menjadi pencetus kemenangan dengan meledak dua gol pada minit ke-31 dan 73 perlawanan.
Kemenangan 2-0 tersebut meletakkan Sepanyol di tangga teratas kumpulan F dengan mengumpul 6 mata, 2 mata dihadapan Sweden.
Sebelum ini pengendali Sepanyol itu jelas tidak begitu senang dengan kritikan keatas pasukan dan beliau menggangap corak pemainan pasukannya tidak diklafikasikan sebagai teruk sebaliknya jumlah jaringan yang berjaya dicatatkan telah merencatkan segalanya.
Lebih baik dari Barcelona
Melihat dengan keputusan beberapa perlawanan sebelum ini, ramai peminat mula bimbang dengan kemerosotan dan ketumpulan di bahagian serangan Sepanyol pada ketika ini.
Enrique tampil mempertahankan dirinya dan pasukan dengan membuat berbandingan menyatakan purata gol yang dihasilkan skuad kebangsaan itu melebihi purata yang dihasilkan Barcelona dalam saingan La Liga.
Dalam sidang media sebelum pertemuan dengan Malta awal pagi tadi, Enrique berkata, “Perdebatan mengenai kurang jaringan sudah sampai kepada saya. Tetapi, kami menjaringkan 19 gol dalam tujuh perlawanan.”
“Ini bermakna, purata 2.7 gol untuk satu perlawanan. Barcelona memiliki purata 2.6 gol dan mereka berada di puncak La Liga, jadi kami tidak begitu teruk.”
Corak pemainan berubah
Enrique mengatakan bahawa pasukannya telah memperbaiki corak pemainan dengan lebih baik walaupun hanya sekadar mendapat kemenangan tipis.
Menurutnya, para pemain tampil lebih baik dari ketika mereka memenangi perlawanan bertemu Croatia lalu.
“Kami telah bermain lebih baik [menentang Norway] berbanding ketika menang 6-0 ke atas Croatia, September lalu. Kurang kesilapan, tekanan tinggi.”
“Prestasi dengan nilai sembilan daripada 10, satu-satunya sebab mengapa ia tidak mencapai 10 adalah kerana kami melepaskan beberapa peluang untuk mencetak lebih banyak gol,” katanya.