Tidak disangka-sangka, ketika semua orang sedang sibuk dengan aksi bola sepak antarabangsa. Satu insiden kontroversi berlaku dalam dunia bola sepak kelab.
Pengurus Barcelona iaitu Luis Enrique telah didapati berang kerana dokumen rahsia beliau mengenai pasukannya telah terbocor kepada umum.
Dokumen rahsia bocor
Hasil pendedahan akhbar Sepanyol iaitu Mundo Deprotivo, mereka mendedahkan dokumen rahsia milik Luis Enrique mengenai taktikal bola sepak telah terbocor kepada umum.
Dokumen rahsia berkenaan adalah merupakan dokumen mengenai taktikal Barcelona untuk perlawanan UEFA Champions League menentang Borrusia Monchengladbach yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dokumen rahsia yang terbocor itu termasuklah dokumen mengenai taktik set-piece Barcelona serta analisis mengenai kekuatan pasukan dari Jerman itu.
Dalam dokumen rahsia tersebut terdedah beberapa perkara seperti:
- Rancangan set-piece apabila menyerang dan bertahan
- Rancangan susulan apabila set-piece menyerang dan bertahan tidak menjadi
- Rancangan set-piece ketika balingan ke dalam dan mengawal permainan
Dalam dokumen itu juga mendedahkan taktikal Barcelona untuk menggunakan formasi 4-4-2 dalam perlawanan mereka.
Dalam perlawanan antara Barcelona dan Borrusia Monchengladbach yang lepas, Barcelona berhempas pulas apabila mereka ketinggalan hasil jaringan Thorgan Hazard.
Namun pada 30 minit terakhir baru Barcelona menjaringkan gol hasil jaringan Gerard Pique dan Arda Turan.
Perbuatan orang ‘dalam’
Enrique yang berang mengesyaki kebocoran dokumen rahsia itu hasil perbuatan orang-orang kanannya sendiri.
Beliau terasa dirinya dikhianati oleh orang-orang kanannya sendiri kerana dokumen rahsia itu sangat sulit bagi Barcelona.
Hal ini kerana dokumen rahsia itu hanya boleh diketahui oleh orang-orang kanannya yang dipercayai oleh Enrique.
Enrique telah lama mengesyaki kebocoran dokumen ini sejak mereka tewas kepada Celta Vigo sebelum tempoh rehat persahabatan antarabangsa.
Perkara ini bukanlah kali pertama terjadi terhadap Barcelona. Perkara ini juga pernah berlaku ketika era Louis Van Gaal menjadi pengurus mereka.
Van Gaal seolah-olah paranoid dengan kebocoran dokumen rahsia Barcelona ketika itu sehinggakan beliau mengupah sebuah syarikat keselamatan untuk menghalang pihak lawan dari cuba mengintip maklumat dari padang latihan mereka.
Van Gaal meminta syarikat keselamatan itu memintas segala peranti pendengaran (listnening device) yang cuba masuk ke dalam padang latihan Barcelona.
Ketika di Manchester United juga Van Gaal lakukan perkara yang sama apabila memasang pagar besar di padang latihan di Carrington.
Baca juga: Nota Pelan Taktikal Real Madrid Dedah Bagaimana Mereka Kalahkan Barcelona