English Football League Trophy Diboikot Teruk Penyokong Kerana Jemput Pasukan Premier League

Siapa yang biasa main permainan video FIFA atau Football Manager? Anda pasti biasa dengar nama Johnstone Paint Trophy atau nama sebenarnya English Football League (EFL) Trophy bukan?

Musim ini penaja pula bertukar dan nama menjadi menjadi EFL Checkatrade Trophy. Kejohanan ini dikhaskan untuk kelab yang bersaing dalam saingan EFL League One dan EFL League Two sahaja.

Format berubah

Format musim ini juga berubah.16 pasukan simpanan atau akademi dari Premier League dan EFL Championship dijemput beraksi.

Maka, 64 kelab menyertai kejohanan ini meskipun ada kelab besar seperti Manchester City, Liverpool dan Arsenal menolak pelawaan menyertai kejohanan ini. Namun begitu, kelab seperti Chelsea, Everton dan Stoke City pula menerima pelawaan itu.

64 kelab ini diagihkan kepada dua zon iaitu zon utara dan selatan. Setiap zon mempunyai 8 kumpulan yang dihuni 4 kelab bagi setiap satu kumpulan.

Setiap kelab akan bermain 3 perlawanan. Menariknya, sekiranya perlawanan berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan terus menerusi sepakan penalti tanpa perlu bermain dalam masa tambahan 30 minit.

Mana-mana kelab yang memenangi perlawanan itu akan menerima 2 mata. 1 mata kerana perlawanan berakhir dengan seri dan 1 mata lagi kerana memenangi sepakan penalti.

Tidak diterima peminat

Namun begitu, kejohanan ini telah menerima kedatangan penonton begitu teruk. Gerakan “Against League 3” menjadi organisasi yang menganjurkan gerakan boikot terhadap EFL Checktrade Cup ini.

bteamboycott

Salah satunya punca boikot adalah kerana kehadiran 16 pasukan simpanan atau pasukan akademi kelab Premier League dan EFL Championship.

Mereka dipercayai lebih menerima kehadiran pasukan dari National League menyertai kejohanan ini.

Aura tradisional EFL Trophy ini rosak kerana perubahan fortmat tersebut.

Sebenarnya tujuan EFL Trophy diwujudkan ialah untuk memberikan peluang kepada kelab divisyen bawah merasai peluang memenangi trofi dan beraksi di Stadium Wembley.

Maklumlah kelab dari EFL League One dan EFL League Two ini jarang merasai nikmat beraksi di perlawanan akhir di Wembley dalam saingan FA Cup atau English League Cup.

Format baru ini menerima kecaman teruk termasuklah dari beberapa pengurus antaranya Chris Wilder (gambar bawah) yang merupakan pengurus Sheffield United.

promo287409604

Namun Ketua Eksekutif EFL, Shaun Harvey memberitahu bahawa kejayaan format baru pada musim ini mestilah dinilai sehingga habis musim.

Laman English Football League Banter di Facebook juga ada memaparkan bilangan kehadiran penonton dalam perlawanan EFL Checkatrade Trophy.

Ada perlawanan hanya dihadiri bawah 1000 penonton sahaja!

Malah salah satu kelab yang bertanding iaitu Accrington Stanley sempat memuatkan tweet menafikan laporan terbabit.

“Laporan yang mengatakan 2 orang penyokong kami ke Chesterfield tidak benar, sebenarnya penyokong kami ke sana seramai 6 orang.”

Accrington Stanley bersaing dalam Kumpulan B Zon Utara bersama Chesterfield, Crewe Alexandra serta pasukan Akademi Wolverhampton Wanderers.

Kesimpulan

Sebagai penutup, penulis merasakan walau apa pun alasannya sistem liga Inggeris sukar untuk diubah secara drastik kerana mereka memegang kuat kepada tradisi.

Selain itu, peminat bola sepak di sana sudah terbiasa dengan sistem yang sedia ada. Bukan tidak boleh ada perubahan, cuma perubahan ekstrim membuatkan mereka bangkit menentang.

Lagilah di zaman wang menguasai bola sepak oleh pemilik asing sehinggakan pasukan nasional England sendiri terjejas.

Baca juga: The Football League: Sejarah Penubuhan Liga Bola Sepak Tertua Di Dunia

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Ahmad Loqman Izzat (panel bual Bola Astro Awani, CEO Manchester City Malaysia dan blogger Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat).

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN