Luigi Di Biagio Dilantik Pengendali Sementara Itali

Ketua Jurulatih skuad B-21 Itali, Luigi Di Biagio telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus skuad kebangsaan Itali secara interim untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Argentina dan England pada bulan hadapan.

Skuad Azzuri tidak mempunyai pengendali sejak Gian Piero Ventura dipecat daripada jawatan tersebut setelah tewas di dalam perlawanan play off menentang Sweden pada November lalu.

(Photo by Federica Roselli/NurPhoto via Getty Images)

Kekalahan kepada Sweden itu menyebabkan Itali gagal ke pusingan akhir Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

“Tugas pertama Di Biagio ialah untuk mengembalikan dedikasi dan semangat pasukan,” ujar Roberto Fabbricini yang dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pemulihan bola sepak Itali.

“Kami yakin Di Biagio mampu melaksanakan tugas dan peranan ini,” tambah Fabbricini lagi dalam satu kenyataan.

Itali akan beraksi menentang Argentina di Manchester, England pada 23 Mac akan datang, sebelum bertandang ke Wembley empat hari kemudian untuk menentang skuad The Three Lions.

29 Jun 2000: Luigi Di Biagio of Italy in action during the European Championships 2000 Semi Final match against Holland at the Amsterdam ArenA, Amsterdam, Holland. The match was drawn 0-0 after extra time, Italy won 3-1 on penalties. Mandatory Credit:Ben Radford /Allsport

Perlawanan kompetitif seterusnya untuk Itali ialah menentang Poland di dalam saingan UEFA Nations League pada 7 September tahun ini.

Di Biagio yang kini berusia 46 tahun adalah bekas pemain tengah Itali di dua edisi Piala Dunia pada 1998 dan 2002.

Di Biagio dipertik sebagai berkata di dalam ESPN:

“Ini adalah satu peluang besar buat saya. Saya sudah tidak sabar untuk turun ke padang latihan. Kami mempunyai dua perlawanan besar yang sukar untuk dihadapi.”

“Namun saya tidak gusar kerana mengenali 80% daripada pemain yang berada di dalam skuad Itali. Malah saya pernah beraksi dengan sebahagian daripada mereka.”

Roberto Mancini, Carlo Ancelotti dan Antonio Conte adalah antara nama-nama yang disebut untuk mengemudi Itali secara tetap. Minggu lalu, Fabbricini mengesahkan Mancini merupakan salah seorang calon untuk jawatan tersebut.

Semalam, nama Claudio Ranieri turut dikaitkan dengan kerusi panas bola sepak Itali itu. Fabbricini turut mengesahkan beberapa nama di kalangan pengurus kelab Serie A turut dipertimbangkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN