Luciano Figueroa Tempelak Pihak Persoal Urusan JDT

Luciano Figueroa yang merupakan Duta Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan seperti berang apabila satu kenyataan mempersoalkan niat pihak yang gemar mempertikaikan JDT disiarkan di laman media sosial JOHOR Southern Tigers (JST) semalam.

Dalam kenyataan tersebut, Figueroa hairan mengapa media cetak dan media sosial di Malaysia gemar menyiarkan kisah pihak yang mempersoalkan isu kelab JDT membeli pemain dan hal berkenaan pembangunan akar umbi.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

“Apa yang kami lakukan di JDT adalah hak kami. Jika kami menandatangani seseorang pemain yang kemudiannya kami ingin pemain tersebut bermain atas padang atau meletakkannya di bangku simpanan, itu adalah hak dan urusan kelab kami.” ujar Figueroa dalam kenyataan tersebut.

Apa yang lebih menghairankan Figueroa ialah mereka yang mempersoalkan segala tindak tanduk JDT ialah mereka yang tidak mempunyai kaitan dan tiada kena mengena dengan urusan JDT.

Oleh itu Figueroa mencadangkan agar pihak berkenaan memberi fokus kepada pasukan masing-masing, dan usah menyibuk dengan sebarang usaha JDT untuk mengekalkan dominasi klab berkenaan di Liga Malaysia.

“Kami tidak melakukan sebarang kesalahan. Apa yang kami lakukan untuk mendominasi adalah hak kami sama ada untuk membangunkan pemain atau sama ada kami mahu membeli pemain dalam setiap pasukan di dunia.”

“Mana-mana kelab dalam dunia mempunyai perancangannya yang tersendiri seperti kelab Bayern Munich, Juventus, Chelsea dan lain-lain lagi. Ini adalah normal dalam dunia bola sepak.”

Figueroa turut mengambil contoh bagaimana Juventus mendapatkan khidmat Gonzalo Higuain dari Napoli untuk memastikan kelab dari Turin itu mengekalkan penguasaan mereka di Serie A.

“Sebagai contoh kelab Juventus, apabila Juventus menguasai Serie A Liga Itali, penjaring terbanyak Serie A pada masa itu adalah Gonzalo Higuain.”

“Dan kemudiannya Juventus ingin membeli Gonzalo Higuain. Kenapa? Kerana Juventus ingin mengekalkan penguasaannya serta memiliki sebilangan besar pemain terbaik dunia.”

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)

Figueroa turut rasa bingung dengan sikap segelintir di Malaysia yang melihat perkara ini sebagai janggal dan aneh, walhal ia telah menjadi amalan kebanyakkan kelab-kelab utama di seluruh dunia.

“Ini adalah perancangan JDT, kenapa orang yang tiada kena mengena dengan urusan kelab kami rasa terganggu? Anda perlu fikirkan diri anda sendiri terlebih dahulu, bukan sibuk dengan urusan kami.”

Figueroa turut menyindir segelintir mereka yang sering mempersoalkan tindakan kelab berkenaan dengan kenyataan ini.

“Jika JDT mahu membeli satu pemain dan meletakkan beliau di bangku simpanan, beraksi di padang atau meletakkannya di atas langit sekalipun, itu adalah masalah JDT, jadi apakah masalah anda?”

Kredit Foto: South China Morning Post

Sebelum ini sebuah portal sukan berbahasa Inggeris pernah menyiarkan bahawa JDT cuba memikat Adib Zainuddin, Syamer Kutty Abba (gambar atas), S. Kumaahran, Adam Nor Azlin dan juga Syafiq Ahmad untuk cabaran musim akan datang.

Perkhabaran ini mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan pengikut bola sepak tanah air, termasuklah daripada bekas pemain kebangsaan yang mendakwa tindakan JDT itu adalah punca kepada prestasi merudum skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN