Luciano Figueroa Keluar Daripada Persaraan Dan Kembali Beraksi Musim Depan ?

Bekas pemain Panathinaikos FC, Luciano Figueroa dikhabarkan akan kembali daripada persaraan dan menyarung jersi JDT untuk beraksi dalam Liga Super 2018.

Hal ini disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Martin Prest melalui laman facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST).

“Saya ingin mengucapkan selamat kembali Luciano Figueroa ke dalam skuad kami untuk musim 2018. Beliau adalah lagenda kami dan juga duta kelab kami. Ia adalah satu penghormatan atas kehadirannya bersama kami.

“Pengalaman dan kerja keras beliau akan menjadi contoh kepada semua pemain kami. Beliau telah bekerja keras mengembalikan kecergasannya dengan kami sejak beberapa bulan lalu, dan terus bekerja keras di Argentina,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan rasmi di laman facebook JST.

Pada masa yang sama, Martin turut mengumumkan Luciano akan berganding dengan beberapa pemain senior yang lain untuk membimbing pemain muda dalam skuad itu dan mengikut model yang dilakukan oleh kelab terkemuka eropah.

“Kami gembira mempunyai pemain berkualiti dalam skuad kami. Kami memiliki pemain senior yang berkualiti seperti Luciano, Natxo, Marcos, Hariss, Aidil, dan Safiq untuk memimpin pemain muda dalam JDT dan membimbing mereka untuk menjadi pemain terbaik di masa hadapan.

“Kami suka dengan beberapa perkara yang dilakukan di Juventus, Bayern dan Paris St Germain. Gandingan pemain senior pengalaman dan pemain muda yang berbakat. Musim 2018 pasti akan menjadi menarik,” jelasnya.

Dua bulan lalu, pemain yang berasal dari Argentina itu mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas oleh Edwards berkuatkuasa serta merta selepas ia diumumkan oleh laman rasmi Facebook JDT.

“Kelab Bolasepak JDT juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa Luciano Figueroa akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Sukan JDT yang baru.” kata kenyataan dalam laman facebook tersebut.

Figueroa yang bakal menginjak usia 37 tahun, merupakan antara watak kegemaran penyokong JDT kerana sengat beliau telah menghadiahkan pelbagai kejuaraan buat kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN