Video: Neal Maupay Melakukan ‘Miss’ Paling Teruk Tahun Ini

Tahun 2017 tinggal beberapa minggu lagi, Dan pemain Brentford, Neal Maupay ternyata telah melakukan ‘miss of the season’.

Brentford bermain menentang Cardiff di tempat lawan dalam liga Championship. Maupay merupakan bekas pemain Nice dan St Etiene. Beliau baru berusia 21 tahun dan bermain untuk skuad B-21 Perancis.

Beliau mendapat peluang untuk melakukan gol dalam kedaan terbuka selepas rakan beliau melorongkan bola kepada beliau. Untuk pemain profesional dalam kelas beliau yang dibekalkan latihan jurulatih profesional, Neal boleh sahaja melakukan percubaan terus.

Neal mengawal bola dan melakukan sentuhan tambahan / sentuhan kedua ke atas bola dalam keadaan beliau boleh melakukan terus percubaan itu selepas sentuhan pertama.

Neal tetap memiliki peluang besar apabila hanya seorang pertahanan Cardiff berada di atas garisan gol. Entah apa yang berlaku, Neal cuba meleretkan bola ke kiri dan percubaan itu tersasar.

Saksikan aksi itu di sini:

da5t9 from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Bandingkan pula dengan yang ini pula, ‘miss’ yang dilakukan Farhad Khalfan dari Qatar:

Anda boleh la tag rakan anda yang pernah melakukan ‘miss’ seperti ini untuk mengingatkan mereka bahawa mereka tak keseorangan melakukannya di dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN