Dari La Liga Ke Premier League, Lucas Digne Hampiri Perpindahan Ke Everton

Everton hampir pasti untuk mendapatkan pertahanan Barcelona iaitu Lucas Digne.

Digne yang tidak berjaya memberikan impak ke pasukan utama Barcelona itu membuat keputusan untuk berpindah dari kelab tersebut.

Menurut laporan Sky Sports, Digne kini semakin hampir dengan perpindahan untuk menyertai Everton dengan nilai perpindahan £20 juta.

Malah kini Digne juga dikatakan sedang berada di England untuk menjalani ujian perubatan bersama-sama kelab tersebut.

Everton dijangka akan melakukan pengumuman pembelian Digne dalam masa terdekat.

Pemain Perancis itu jelas bukan berada dalam perancangan Ernesto Valverde selepas beliau dan pengurus tersebut tidak mencapai kata sepakat.

Beliau jarang diturunkan oleh Valverde pada musim dan kerana itu, Digne terlepas tempat untuk beraksi dalam skuad Perancis di saingan Piala Dunia yang lalu.

Digne kini menjadi pemain Everton kedua yang dibeli pada jendela perpindahan musim ini.

Sebelum ini, kelab Mersyeside itu membeli Richarlison dari Watford dengan jumlah perpindahan sekitar £40 juta.

Everton nampaknya belum lagi selesai dengan hal perpindahan mereka dengan Barcelona.

Hal ini kerana, mereka masih mahu mendapatkan Yerry Mina yang merupakan pemain pertahanan tengah pasukan tersebut.

Walaupun begitu, Everton bakal menerima cabaran oleh Manchester United dan juga Olympique Lyonnais yang turut ingin mendapatkan pemain tersebut.

Everton dibawah Marco Silva perlu berhati-hati dalam perbelanjaan jika tidak mahu episod musim lalu berulang.

Musim lalu, Ronald Koeman membelanjakan begitu ramai pemain namun hasil yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN