Kenali Emile Smith Rowe, Permata Terbaru Akademi Hale End Milik Arsenal

Emile Smith Rowe. Nama pemain muda produk akademi Aresenal ini tiba-tiba menjadi sebutan ramai penyokong The Gunners dan pengikut Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Selepas diberikan kontrak jangka masa panjang untuk kekal di Emirates, mari kita kenali lebih dekat pemain ini.

Siapakah Emile Smith Rowe?

Pemain berusia 18 tahun ini adalah sebahagian daripada skuad Arsenal yang berkunjung ke Singapura untuk jelajah pra musim. Tampil sebagai anggota termuda di bawah kendalian Unai Emery pada musim ini, Smith Rowe melakukan debut dengan menjaringkan satu gol cantik ketika menentang Atletico Madrid.

Tidak hanya dengan jaringan gol, Smith Rowe terus membuktikan mengapa beliau harus mulai diberikan perhatian pada musim ini apabila turut menyumbang satu bantuan gol buat Alexandre Lacazette, dalam kemenangan 5-1 Arsenal ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada Sabtu lalu.

LONDON, ENGLAND – APRIL 16: Emile Smith Rowe of Arsenal looks on during the FA Youth Cup Semi Final 2nd Leg match between Arsenal and Blackpool at Emirates Stadium on April 16, 2018 in London, England. (Photo by Naomi Baker/Getty Images)

Emile Smith Rowe sebenarnya bukan watak baru bagi Arsenal. Beliau sudah pun bersama Arsenal sejak berusia 10 tahun.

Sebelum itu Smith Rowe turut pernah menyertai uji bakat bersama akademi bola sepak Chelsea, namun gagal memikat panel kejurulatihan.

(Photo by Suhaimi Abdullah/Getty Images for ICC)

Bersama Arsenal, bintang bakat muda The Gunners ini terus menyinar. Dipanggil untuk menyertai setiap peringkat umur pasukan England, B-16, B-17, & B-18, potensi Smith Rowe di Akademi Hale End milik Arsenal turut terus mencuri tumpuan.

Pemain ini juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad The Three Lions yang muncul juara di Piala Dunia B-17 di India pada tahun lalu.

Bagaimana Smith Rowe memikat barisan kejurulatihan Arsenal?

Beberapa perlawanan bersama skuad remaja Arsenal memberi ruang untuk Smith Rowe mencuri ruang untuk diserap ke pasukan utama The Gunners.

Sebagai contoh dalam perlawanan timbal balik separuh akhir FA Youth Cup menentang Blackpool pada musim lalu, Smith Rowe jelas adalah pemain tumpuan dalam perlawanan tersebut.

(Photo by Naomi Baker/Getty Images)

Larian-larian individu oleh beliau membolehkan pasukannya memenangi penalti dalam kemenangan 5-0 Arsenal untuk mara ke perlawanan akhir.

Begitu juga dengan jaringan hasil sepakan percuma cantik yang dihasilkan oleh Smith Rowe di peringkat suku akhir berhadapan Colchester, diikuti oleh jaringan hatrik ketika membantu Arsenal B-18 membenam West Ham 6-1 pada musim lalu.

Posisi pemain

Sejak di dalam sistem pembangunan oleh Arsenal, bakat Smith Rowe berkembang di posisi sayap kiri. Namun ketika menggalas cabaran Arsenal di FA Youth Cup pada musim lalu, pemain ini menunjukkan kualiti dirinya lebih daripada sebagai pemain sayap.

Bersama skuad senior Arsenal, Smith Rowe mampu beraksi di mana-mana posisi serangan di belakang penyerang utama di dalam sistem 4-2-3-1, jika Emery memilih untuk menggunakan sistem tersebut pada musim akan datang.

(Photo by Ronny Hartmann/Getty Images)

Seperti yang ditampilkan sepanjang jelajah pra musim di Singapura, pemain muda ini menunjukkan kualiti yang dimilikinya dengan hataran-hantaran berkualiti untuk membuka ruang serangan.

Corak permainan beliau adalah direct, sesuai dengan corak permainan bola sepak moden yang diterapkan oleh pengendali dari Sepanyol tersebut.

. (Photo by Ronny Hartmann/Getty Images)

Selain daripada itu, Smith Rowe turut memiliki kepantasan, dan bijak mencari ruang untuk mencari posisi terbaik untuk menjaringkan gol.

Pada musim lalu, pemain ini menjaringkan 13 gol, dan menghasilkan 4 bantuan gol untuk skuad remaja Arsenal.

Dipandang tinggi Jack Wilshere

Bekas pemain Arsenal yang menyertai West Ham pada musim ini memandang tinggi akan kebolehan yang ditampilkan oleh Smith Rowe.

“Apabila pemai ini tiba menyetai latihan pasukan utama, jelas sekali beliau tidak mempunyai masalah untuk beraksi di posisi mana pun.”

(Photo by Suhaimi Abdullah/Getty Images for ICC)

“Itu adalah petanda seseorang prospek akan mempunyai peluang untuk berada lama di kelab ini. Beliau membuktikan dirinya bukan sahaja bersedia untuk satu karier, tetapi menjadi tunjang kepada pasukan ini pada masa hadapan. Dan saya tahu itu adalah perkara yang sukar,” jelas Wilshere.

Dan selepas menyaksikan aksi Smith Rowe di Singapura, Emery turut mempunyai nada positif untuk pemain ini.

“Apabila saya tiba di kelab ini, Emile [Smith Rowe] adalah salah seorang bakat muda yang ditunjukkan kepada saya.”

(Photo by Thananuwat Srirasant/Getty Images for ICC)

“Beliau beraksi di setiap peringkat usia bersama England, dan menunjukkan peningkatan di peringkat pembangunan. Hari ini kita melihat bagaimana pemain ini menampilkan kualiti yang dimilikinya bersama pasukan utama.”

“Pemain ini hanya berusia 17 tahun, dan saya berpendapat inilah masanya untuk Emile Smith Rowe. Untuk itu, saya gembira untuk beliau,” jelas Emery beberapa hari yang lalu.

Penutup

Arsenal tidak melengah-lengahkan masa untuk mengikat Emile Smith Rowe dengan kontrak jangka masa panjang.

Apa yang penting, pemain ini memerlukan lebih banyak peluang pendedahan di peringkat senior untuk menyinar.

Sepanjang musim 2018/19 akan datang, kami pasti Smith Rowe akan terus beraksi bersama skuad B-18 dan B-23 Arsenal. Piala Carabao adalah platform terbaik untuk Emery meletakkan nama Smith Rowe di dalam kesebelasan skuad utama untuk saingan lebih kompetitif.

Berdasarkan kualiti yang ditampilkan setakat ini, Arsenal boleh bernada positif, satu lagi bintang baru mulai menyinar dari akademi bola sepak Hale End.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN