Sebelum ini, pada Mac yang lalu, Joachim Low sudah menyatakan bahawa 3 pemain senior Jerman iaitu, Thomas Muller, Mats Hummels dan Jerome Boateng sudah tidak berada dalam perancangan beliau lagi.
Ini bagi memberikan peluang kepada muka baharu yang lebih segar.
Mats Hummels pernah memberikan respon kepada tindakan Low dengan menganggap ia sebagai tak adil. Hal ini kerana Hummels masih mahu berbakti kepada Jerman.
Dan pada masa yang sama, Hummels merupakan bek tengah terbaik di Bundesliga pada musim lalu.
Hummels meminta Low untuk lebih terbuka dalam pemilihan pemain, bukannya terus menutup pintu.
Terbaru, Joachim Low tetap tidak mahu memanggil Mats Hummels – yang kini bermain bersama Borussia Dortmund.
Beberpa pemain pertahanan Jerman berhadapan dengan kecederaan dan juga isu kecergasan. Terbaru, Niklas Sule yang mengalami kecederaan ACL.
Tetapi Low sudah menyatakan beliau tidak akan memanggil Hummels.
Low masih memberikan kepercayaan kepada beberapa pemain seperti Robin Koch, Jonathan Tah, Thilo Kehrer, Niklas Stark, dan Matthias Ginter.
Kesemua pemain tersebut di bawah 25 tahun. Dan Low menegaskan: “Saya sudah cakap sebelum ini bahawa saya akan mempertaruhkan pemain-pemain muda dan menurunkan mereka.”
“Anda tidak perlu membaling keluar kertas perancangan anda dari tingkap, hanya kerana seorang pemain cedera.”
“Saya berhara pemain yang cedera akan kembali cergas. Namun kita ada beberapa pemain muda yang sangat bagus. Yang kita boleh bangunkan dalam beberapa bula ini.”
Kicker kemudian mengadakan satu undian di laman web mereka, bertanya sama ada mereka setuju dengan Low?
Dalam undian tersebut, 77% peminat skuad Jerman tidak setuju dan mereka mahu Hummels dipanggil semula.