Bekas pemain Liverpool, Dejan Lovren kini menjadi sasaran kepada kecaman segelintir penyokong kelab tersebut akibat tindakannya baru-baru ini.
Baru-baru ini, Lovren memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan beliau tidak lagi melanggan khidmat penstriman Disney+ di Twitter.
Eh? Tapi kenapa penyokong Liverpool marah Lovren tak nak langgan Disney+ lagi? Takkan sebab dah tak nak tengok Mickey Mouse pun nak bising kan?
Sebenarnya itu bukanlah sebabnya, hal ini kerana Lovren tidak bersetuju dengan tindakan Disney+ yang menyokong gerakan LGBTQ+.
“Baru saja menamatkan langganan saya di Disney+. Disney menjijikan,” kata Lovren di hantaran Twitternya.
Beliau juga hadir dengan tanda pagar #BoycottDisney dan mahu lebih ramai orang mengikut jejak langkahnya.
Just cancelled my subscription for Disney+
Disgusting Disney! 🤮#BoycottDisney pic.twitter.com/MslBC4kD8d
— Dejan Lovren (@Dejan06Lovren) April 2, 2022
Baru-baru ini, Disney dalam kenyataan mereka menzahirkan sokongan kepada golongan tersebut.
“Kami membuat keputusan untuk berdiri teguh untuk hak dan keselamatan ahli LGBTQ+ dalam keluarga Disney,” kata Disney dalam kenyataan mereka.
Statement from The Walt Disney Company on signing of Florida legislation: pic.twitter.com/UVI7Ko3aKS
— The Walt Disney Company (@WaltDisneyCo) March 28, 2022
Tindakan Lovren itu mendapat perhatian beberapa akaun pro-Liverpool dan ada yang menghentam tindakan pemain Croatia itu.
Malah, ada yang meminta agar Liverpool memutuskan hubungan mereka dengan Lovren walaupun kedua-dua entiti sudah berpisah dan Lovren beraksi untuk Zenit St. Petersburg sekarang.
Perkara ini adalah penambah perisa kepada ‘dosa’ yang dibuat oleh Lovren seperti mengikuti akaun Presiden Rusia, Vladimir Putin, tidak mengecam Rusia kerana menyerang Ukraine dan menyokong ahli politik Britain, Nigel Farage yang dianggap sebagai rasis dan homophobic.
“Peringatan yang Dejan Lovren mengikuti [akaun] Nigel Farage dan Donald Trump di Twitter, seorang yang anti-vaksin, ada menyukai ciapan yang menyokong Rusia dan Lawrence Fox dan kini menamatkan langganan Disney+ kerana menyokong LGBTQ+.”
“Beliau tidak mewakili kelab Liverpool, jangan sokong beliau,” kata akaun Twitter Anfield Edition.
Malah ada penyokong yang tidak mahu Lovren dijemput pulang ke Anfield bagi perlawanan legenda Liverpool pada masa akan datang.
“Beliau menunjukkan yang dirinya adalah seorang yang homofobia. Sudahlah beliau sendiri adalah pemain bola yang teruk, jika kelab menjemputnya untuk perlawanan legenda pasti akan menjadi kecaman ramai.”
Hingga kini, Liverpool tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai ciapan Lovren itu.
Lovren yang bersuara, kenapa penyokong Liverpool yang bising?
Pada pengamatan saya, tindakan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Liverpool adalah keterlaluan kerana seolah-olah cuba masih mengawal apa yang perlu difikir oleh Lovren yang kini tidak lagi bersama mereka.
Tolak tepi kebolehan beliau sebagai pemain bola sepak, tetapi pandangan beliau itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili sesiapa pun.
Pandangan Lovren tidak mewakili Zenit atau pasukan kebangsaan Croatia, jauh sekali Liverpool atau bekas kelabnya yang lain seperti Southampton atau Olympique Lyonnais.
Mungkin ini dikatakan cabaran dalam dunia Barat yang dianggap ‘terbuka’ ini, jika tidak sehaluan dengan majoriti sukar untuk minoriti mendapat tempat.
Jika tindakan Lovren ini mendapat tumpuan meluas hingga Liverpool sendiri memberikan respon, beliau perlu bersedia untuk terus diboikot di mana-mana saja.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!