Memegang kasut futsal Lotto Zhero Gravity VIII 700 di tangan, saya mencari-cari satu perbezaan ketara dengan kasut futsal generasi sebelumnya iaitu Lotto Zhero Gravity VII 700.
Saya pernah menulis reviu Lotto Zhero Gravity VII 700 sebelum ini. Jadi saya tahu Lotto menyasarkan pemain futsal beginners semasa membuat kasut ini. Tetapi apa penambahbaikan dalam model generasi terbaru ini?
Jadi adalah normal jika saya mahu Lotto Zhero Gravity VIII 700 ini menawarkan perbezaan. Seiring dengan kematangan Lotto yang sudah mencipta 8 generasi model Zhero Gravity.
Mari kita lihat apa perbezaan yang ditawarkan Lotto dalam model generasi terbaru ini.
1. Teknologi
Seperti model generasi sebelumnya, Lotto Zhero Gravity VIII 700 turut menawarkan teknologi Reactivearch dan Puntoflex.
Cuma bezanya, teknologi Puntoflex dalam model generasi terbaru ini lebih teliti. Kali ini, Lotto menampilkan ciri-ciri Pivot Control untuk memberi perlindungan lebih kepada titik tapak kasut yang menampung berat paling banyak ketika bermain futsal.
Di bahagian belakang tapak, Lotto menambah ketelitian untuk menambah cengkaman tapak di permukaan gelanggang futsal.
Rating: 3/5
2. Ketahanan lama
Dalam aspek ini, Lotto masih menggunakan bahan yang sama seperti model generasi sebelumnya. Iaitu getah sintetik lembut.
Penggunaan getah sintetik lembut mungkin mengorbankan berat dan keelastikan kasut ini. Tetapi ia memastikan kasut ini dapat ‘dilenjan’ buat jangka masa yang lama. Sesuai dengan tabiat pemain futsal beginners yang mahukan kasut tahan lama.
Rating: 5/5
3. Keselesaan
Sebagai kasut beginner, Lotto Zhero Gravity VIII 700 masih selesa dipakai.
Cuma jika anda mempunyai kaki lebar seperti saya, anda mungkin perlu mengambil satu saiz lebih besar daripada kebiasaan. Contohnya saiz kasut kebiasaan saya adalah saiz US 8.5. Untuk benar-benar selesa memakai kasut ini, saya perlu memakai saiz US 9.
Jika anda membeli kasut ini secara online, pastikan penjualnya menyediakan polisi pemulangan barang untuk anda.
Rating: 3/5
4. Estetika
Lotto Zhero Gravity VIII 700 didatangkan dengan 3 pilihan warna:
- Biru dan arctic lime
- Oren dan hitam
- Perak dan hijau
- Biru dan merah
- Kuning dan hitam
Mata saya tertarik dengan kombinasi warna perak dan hijau. Tetapi saya diberitahu oleh vendor Lotto bahawa kombinasi warna biru dan arctic lime paling digemari kaki futsal di Malaysia.
Rating: 4/5
5. Harga
Saya menganggap pada harga RM149, model generasi baru ini masih lagi berpatutan bagi pemain beginner yang mahukan kasut tahan lama dan selesa kerana 2 sebab.
Pertama, kasut ini menawarkan teknologi terbaru Lotto. Banyak penambahbaikan yang Lotto tonjolkan di Lotto Zhero Gravity VIII 700 tetapi tiada di Lotto Zhero Gravity VII 700.
Kedua, tidak banyak kedai dan vendor yang masih menjual model generasi lama iaitu Lotto Zhero Gravity VII 700. Jika ada pun, stoknya terhad. Antara kedai yang masih mempunyai stok lama Lotto Zhero Gravity VII 700 (kini berharga RM79) adalah SBX.
Rating: 3/5
Rating keseluruhan: 3.6/5
Anda boleh mendapatkan Lotto Zhero Gravity VIII 700 ini pada harga RM149 dengan KLIK LINK INI >>> SBX-LZG VIII
Cepat! Stok tak banyak dah!
Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA