TSAM Dedah Pemain Kebangsaan Uganda, Tony Mawejje Bakal Diuji Kelantan

Kelantan FA akan tampil di Stadium Shah Alam pada malam ini untuk satu perlawanan amal menentang pasukan PKNS FC.

Bukanlah perkara yang asing untuk melihat pasukan di dalam Liga Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan sesama sendiri andai tiada perlawanan dalam saingan liga.

Perlawanan persahabatan sering digunakan untuk setiap pasukan memperkemaskan barisan masing-masing dalam merencakan saingan seterusnya.

Tetapi ada satu perkara yang menarik perhatian kami untuk perlawanan amal membabitkan kedua-dua buah pasukan pada malam ini.

Sebelum ini Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan perlantikan Alfredo Gonzalez dan pemain import baharu dari Gambia, Sanna Nyassi (gambar bawah).

Sanna Nyasi ketika beraksi bersama San Jose Earthquakes di MLS

Langkah Penasihat KAFA ini turut dikecam sesetengah pihak kerana umum mengetahui KAFA mempunyai hutang tertunggak membabitkan gaji pemain.

Bagaimanapun, bukanlah  menghairankan jika perlawanan sebegini akan digunakan oleh Zahasmi Ismail untuk menguji Nyassi dan membantu beliau mencari keserasian bersama rakan sepasukan yang baharu.

Dalam satu entri di laman sosial Facebook, Tan Sri Annuar musa menyatakan akan ada seorang lagi pemain asing daripada Afrika akan membuat penampilan dalam perlawanan amal tersebut.

Pemain yang dimaksudkan oleh beliau ialah pemain antarabangsa Uganda, Tony Mawejje.

Kelibat penyerang Uganda, Tony Mawejje akan menjadi persoalan di kalangan penyokong The Red Warrior dan juga pemerhati bola sepak tanah air.

Tony Mawejje, 26 tahun pernah beraksi di Liga Tippeligaen Norway iaitu Haugesund pada musim 2014. Tony juga telah tampil sebanyak 65 kali bersama skuad kebangsaan Uganda dan menjaringkan 8 gol antarabangsa sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa tidak menyatakan dengan pasukan manakah Tony Mawejje akan beraksi. Beliau juga tidak melakukan sebarang pengesahan sama ada KAFA berminat untuk mendapatkan khidmat Tony Mawejje.

Buat masa ini pasukan Kelantan FA masih mendaftarkan F.Danso, M.Gomis, Alesandro Celin dan Mohamad Ghaddar sebagai pemain import pasukan pantai timur itu.

Beberapa hari yang lalu, Penasihat KAFA tersebut turut menzahirkan kemungkinan Kelantan FA akan menarik diri dari kancah Liga Super musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN