Lopetegui Dilantik Sebagai Pengendali Baharu Sevilla

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Sevilla telah melantik bekas pengendali Sepanyol dan Real Madrid, Julen Lopetegui sebagai pengurus baharu mereka dengan kontrak selama tiga tahun.

Lopetegui yang tidak aktif dalam bola sepak sejak dipecat oleh Real Madrid pada Oktober tahun lalu telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2022.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Pengurus berusia 52 tahun itu dilantik untuk mengambil alih dari pengendali interim, Joaquin Caparros yang disahkan menghidap penyakit leukimia pada Mac lalu. Pelantikan Lopetegui membenarkan Caparros untuk membantu skuad akademi kelab tersebut.

Kontroversi

Lopetegui pernah dipalit kontroversi apabila dipecat dari jawatan beliau sebagai pengurus skuad kebangsaan Sepanyol sehari sebelum kempen Piala Dunia 2018 bermula di Rusia.

Pemecatan Lopetegui adalah disebabkan beliau telah diumumkan sebagai pengurus Real Madrid beberapa hari sebelum Sepanyol memulakan aksi peringkat kumpulan.

Tindakan mengejutkan dari Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) ini dilakukan kerana Lopetegui dikatakan melakukan rundingan dengan Real Madrid tanpa kebenaran mereka.

Sukar di Madrid

Walaupun menyertai skuad Los Blancos selepas itu, nyata ia bukan perkara mudah buat pengurus dari Basque ini apabila hanya menang enam daripada 14 perlawanan – termasuk kekalahan mengejutkan kepada kelab seperti Alaves, Levante dan CSKA Moscow.

Beliau akhirnya dipecat sekali lagi – kali ini oleh Real Madrid – hanya selepas tiga bulan, selepas kekalahan 5-1 kepada Barcelona. Tugas beliau kemudiannya diambil alih oleh Santiago Solari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN