Kompilasi ‘Kad’ Hari Raya Kelab Ternama, Termasuk Ucapan Bahasa Melayu Daripada PSG Hiasi Pagi Anda

Hari ini merupakan Hari Raya pertama, selepas sebulan berpuasa – bagi mereka yang beragama Islam di Malaysia dan negara-negara yang turut sama meraikan Hari Raya yang pertama.

Kami di semuanyaBOLA juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya – Maaf Zahir Batin – kepada semua pembaca kami yang setia.

Berikut adalah beberapa ucapan Selamat Hari Raya daripada kelab  ternama yang sempat kami baca dan kumpulkan untuk anda.

Kami mulakan dengan ucapan dalam Bahasa Melayu oleh bintang PSG yang dimuat naik semalam. Satu usaha yang harus dipuji dilakukan oleh PSG dengan mengambil kira ramai peminat bola sepak yang bertutur Bahasa Melayu di seluruh dunia – terutama sekali di rantau Asia Tenggara.

Ini pula kompilasi daripada kelab lain:

Ucapan daripada Juara UEL musim ini:

Juara EPL 2018/19, Man. City antara kelab terawal memuat naik ucapan Selamat Hari Raya:

Kelab yang paling ramai pengikut di dunia, Man. United juga dengan seni digital yang cantik kemerahan:

Tidak lupa, ucapan dariapda Juara Eropah yang ‘beraya’ awal musim ini dengan kejuaraan UCL ke-6.

Hari Raya yang indah musim ini jika anda peminat Aston Villa:

Naib Juara Eropah, dengan ucapan berlatarbelakangkan stadium baharu serba moden.

Bayern Munich, juara Jerman musim ini dengan kad raya yang cantik.

Comel juga Emma Bee:

Tidak lupa juga, salah sebuah kelab yang memiliki pengikut yang ramai di negara kita iaitu AC Milan:

Ini pula ucapan salam raya daripada Juventus:

Dalam banyak-banyak kad raya di alam maya, kami tertarik dengan seni grafik oleh Nottingham Forest. Dan mereka juga dalam keraian untuk ulangtahun selaku juara Eropah 2 kali.

‘Simple’ dan menawan daripada pasukan yang hampir ke EPL untuk musim hadapan.

Gergasi Scotland, Celtic juga tidak ketinggalan dengan ucapan Selamat Hari Raya mereka:

Tidak lupa juga ucapan daripada salah satu admin paling ‘savage’ di alam maya iaitu akaun Twitter Bayer Leverkusen dan AS Roma versi Bahasa Inggeris.

Itu merupakan antara ucapan yang sempat kami kumpulkan. Anda mungkin boleh bantu kami mencari ucapan daripada kelab ternama yang lain dan letakkan di ruangan komen.

Selamat Hari Raya!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN