LMFA Mahu KFA Dirombak Untuk Mengharungi Kempen Musim Baru

Semalam, Persatuan Peminat Lang Merah (LMFA) telah mengadakan satu sidang media khas. Mereka mendesak agar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merombak semula badan pengurusan bola sepak Kedah itu.

Sebelum ini LMFA antara yang lantang mendesak agar Datuk Seri Ahmad Bashah berundur. Namun begitu, Datuk Seri Ahmad Bashah menegaskan yang beliau tidak akan berundur.

LMFA juga sebelum ini kecewa dengan kegagalan pasukan Kedah beraksi di Piala AFC kerana tiada lesen dek kerana kegagalan KFA menyelesaikan prosedur untuk mendapatkan lesen tersebut.

Pengerusi Persatuan Peminat Lang Merah (LMFA), Wan Mohd Syazwan Wan Mohd Fadzelah menggesa agar KFA melakukan pembaharuan di dalam pengurusan mereka selepas prestasi KFA buat masa ini agak kurang memuaskan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kegagalan pengurusan Pengerusi Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA
dalam menguruskan penjualan tiket final Piala Malaysia pada awal November.

“Sudah empat kali Kedah ke pentas final pada Piala FA 2017 dan tiga kali dalam Piala Malaysia pada tahun 2015, 2016 dan 2017 tetapi saya lihat beliau masih lagi gagal melaksanakan tugas beliau dalam menguruskan isu tiket ini.”

“Hal ini menyebabkan penyokong Lang Merah berasa kecewa dengan sistem pengurusan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu di mana hampir 10,000 tiket yang disediakan di empat kaunter habis terjual dalam tempoh 45 minit di Stadium Darul Aman.”

LMFA juga menyatakan sokongan mereka kepada pengarah ECK Development Sdn. Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang kini sedang mengadakan pungutan suara penyokong Kedah yang rata-rata mahukan Ramon Marcote menjadi jurulatih baru Lang Merah musim hadapan.

LMFA berpendapat rombakan dalam KFA perlu dibuat untuk memastikan pasukan Kedah dapat mengharungi musim hadapan dengan lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN